Tuesday, May 20, 2008







"malam itu panjang, jangan pendekkan dengan tidur.
siang itu terang, jangan gelapkan dengan dosa.
hati itu kontang, suburkanlah dengan zikrullah..."






Thursday, May 15, 2008

Selamat hari guru


Kini berjalannya seorang peguam

menuju medan bicara

tanpa setitik pun getar dihati

berjalan juga seorang doktor

ke bilik pembedahan

dengan kepakaran yang terlatih

berjalan juga seorang pemimpin

ke dewan parlimen

dengan usul-usul yang kukuh

dan berjalan dibelakng mereka seorang guru

menuju kekelas

seperti hari-hari biasa

untuk membela dak mendakwa sebagai pendakwa raya

untuk menyelamatkan mangsa dan pesakit

untuk memimpin dan membela rakyat

dengan ilmunya yang penuh didada

dengan keazamannya yang tidak pernah jemu

kerana dia seorang guru

Tercipta untukku

Kereta Mitshubishi Evo VII dipaju laju menyusuri jalan persiaran Brash. Saiful tanpak confident seperti lagak kereta yang megah bewarna hitam itu. Tiba-tiba padel brek kereta berkuasa tinggi itu ditekan secara mengejut. Meter yang tadi tidak lari dari angka 80-90 kini turun secara mendadak. Kedengaran jua bunyi getah tayar yang terseret pada jalan tar. Membekas. Saiful kemudiannya membawa keretanya kebahu jalan.
Dia menggelengkan kepalanya melihat seorang budak dalam lingkungan 5-6 tahun berdiri ditengah jalan tanpa pengawasan orang dewasa. Dia mendengus perlahan “nanti kalo dah berlanggar baru nak menyesal. Ish, orang zaman sekarang.” Rungut hati kecilnya. Baru saja dia hendak keluar dari kereta, tiba-tiba saiful melihat kelibat seorang gadis berlari sambil menjerit nama adiknya barangkali. Mungkin gadis itu menyedari keadaan itu melalui bunyi geseran tayar kereta mitshubisi itu. Entah mengapa, rasa marah yang terbuku dihati Saiful tadi kini reda ketika terlihat wajah ayu gadis yang bertudung labuh itu. Gadis itu kelihatan manis sekali walaupun dalam keadaan cemas. Jantungnya mula berdegup kencang apabila gadis itu berjalan menuju kearahnya. Mata Saiful tidak lepas memandang tepat wajah gadis itu, tetapi tidak gadis itu. Di saat itu dia teringat ketika dia masih di London. Setiap kali dia merenung seseorang(perempuan) pasti perempuan itu akan merenungnya kembali dengan senyuman yang cukup manis sehinggalah pada suatu hari dia merenung seorang gadis yang juga seorang yang bertudung labuh. Gadis itu tidak lansung merenung wajahnya walaupun sesaat. Saiful tersenyum ketika gadis itu terus bangun dan berjalan laju menuju seorang lelaki. Tangan lelaki itu terus dipeluknya. Lelaki itu merenung kearah Saiful sambil tersenyum. Begitu juga Saiful.
Tuk! Tuk! Saiful terkejut dari lamunannya apabila gadis itu mengetuk cermin keretanya yang bertinted gelap. Cermin keretanya diturunkan. Kali ini jantungnya terasa bagai nak pecah. Matanya dan mata gadis itu bertentangan. Baru sesaat, gadis itu membawa lari matanya. Wajahnya ditundukkan.

“Maafkan saya.” Saiful memahami perasaan gadis itu.
“Maafkan saya kerana kelekaan saya, adik saya nyaris maut. Kamu pasti seorang pemandu yang cekap.” Sempat dia memuji Saiful sebelum mengundur diri.
“Saudari !” panggilnya. Gadis itu menoleh kebelakang. Saiful keluar dari keretanya. Berjalan kearah gadis itu. Gadis itu melangkah kebelakang beberapa langkah apabila terasa mereka agak terlalu rapat.
“Maafkan saya sekali lagi.” Gadis itu membisu. “Saiful.” Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam.
“Maafkan saya. Terima kasih atas kecekapan awak, saya minta diri dulu.”

*** *** ***

Cikgu Saliha menemani seorang muridnya yang masih tinggal diperkarangan sekolah itu. Murid itu barangkali terlupa diambil penjaganya. Sambil dia menunggu kehadiran penjaganya, cikgu Saliha sempat bermesra dengan pelajar tahun lima itu.
Sedang asyik bersembang, tanpa disedari sebuah kereta Mitshubishi evo VII masuk ke perkarangan sekolah. Saiful turun dari kereta itu, bergegas menuju kekantin sekolah tempat dia berjanji dengan adiknya. Larian anaknya tadi diperlahankan sehingga berjalan. Dia tersenyum melihat adiknya yang ditemani orang yang sangat dikenalinya. ‘kalau jodoh tak kemana’ bisik hatinya. Dia mengukirkan senyuman ketika adiknya bangun. Cikgu Saliha juga turut tersenyum tanpa menyeari orang dihadapannya itu Saiful kerana dia berkaca-mata hitam.
“Terima kasih cikgu….”
“Cikgu Saliha. Nama cikgu ni cikgu Saliha.” Celah adiknya. Saiful tersenyum puas.
“Ya, cikgu Saliha. Terima kasih sekali lagi.” Kali ini dia membuka kaca-mata hitamnya selepas ucapan terima kasih diberi. Muka cikgu itu kelihatan agak terkejut apabila mengetahui lelaki dihadapannya itu adalah jejaka petang semalam. Namum rasa terkejutnya dapat juga ditahan.
“Emm, lain kali datanglah jemput awal sikit.” Kata cikgu Saliha sambil tersenyum. Dia terpaksa beramah mesra dengan Saiful dihadapan adiknya.
“Hemm, saya akan cuba. Tapi kerja tadi banyak sangat la. Emm… tapi kalau saya lambat pun cikgu ada kan? Bolehlah saya selalu dating lambat.” Cikgu Saliha tidak faham. “Yelah, bolehlah saya selalu jumpa cikgu.” Kelihatan adiknya tersenyum manja. Cikgu Saliah pula tersipu malu. Dia kemudiannya terus meminta diri.
“Saya mintak maaf ya cikgu.” Katanya sebelum cikgu saliha beredar. Cikgu Saliha hanya tersenyum biasa.

*** *** ***

Selesai menyemak kerja rumah murid-muridnya tadi Cikgu Saliha terus kemeja komputernya lama dia tidak bersembang dengan rakan seperjuangannya di sekolah menengah dulu. Komputer ribanya dibuka, internet yang disetkan connect secara automatic terus membenarkan Saliha melayari internet sejurus selepas komputernya sempurna dipasag.

Setengah jam kemudian…….

shee_mars: ha’ah, deme kate fida lepas kuar u terus dilamar orang.
saliha: yeke,ish xsangka plak kan? Dulu kat sek cam pendiam jer.
saliha: hehe

tiba-tiba…

lufias: BUZZ

Saliha mengerutkan dahinya. ‘bila pulak ade member pakai id LUFIAS?’ soalan itu ditujukan pada dirinya.

lufias: salam.
saliha: salam
lufias: ;)
lufias: ape kabo?
saliha: baik, before that. Saper nie.
lufias: alaa buat2 xkenal lak
saliha: saper yek, serius nie, xingat.
lufias: saye bg klu. Saya seorang doctor. Hemm
saliha: emm, farah?
lufias: xkot
saliha: leeya?

Sepuluh minit kemudian…..

saliha: ish rasenye sume kwn saye yg amik medik dlu dah pn saye sebut. Saper nie?
lufias: dah sebut smue? Membe awk laki xde yg amik medik ker?

Saliha tiba-tiba mengerutkan dahinya. Lelaki? Medik? Kehadiran id baru dalam ym malam itu benar-benar mencemaskannya. Dia cepat-cepat membawa tertikus ke nama lufias di skrin laptopnya. Ya Allah! Saliha menepuk dahinya. Dia menyesal tidak memeriksa dulu latar belakang id tersebut. Setelah disemak baru dia sedar id itu milik salah seorang anak muridnya disekolah. Murid yang telah dia temani dua hari kebelakangan ini. Murid yang mempunyai abang yang saban hari cuba mengoratnya.

lufias: dah taw dah?

dua minit kemudian….

lufias: emmm

dua minit kemudian…..

lufias: BUZZ
lufias: saya tahu awak marah kat saye sbb gune id adik saye tanpa pengetahuan awak.
lufias: tp saya ikhlas nak kawan ngan awk

lima minit kemudian……

saliha: saya minta maaf, islam xmembenarkan kite berkenalan.

Tuk tuk sing out……

Tak sempat Saiful nak membalas kata-kata Saliha. Dia sudahpun offline. Dia mendengus perlahan sebelum menaip sesuatu. Dia juge kemudiannya sign out. Tiada apa yag menarik baginya malam itu.

*** *** ***

“aku punya hati yang tak pernah dihuni. Punya iman yang tak pernah disirami. Punya ilmu yang tak pernah dibajai. Kuharapkan ade orang yang akan menghuninya, siraminya, bajainya. Dan kurasakan kau tercipta untukku. Dan demi Allah aku takkan mendalami ilmu Islam ini kecuali melalui guru yang bernama Saliha.”

Hatinya cukup tersentuh dengan kata-kata Saiful. Kata-kata yang diucapkannya membuatkan hati hawa milik saliha menjadi lemah. Tertikus dibawa ke id lufias.

saliha: izinkan aku menjadi gurumu, menyirami imanmu, dan membajai ilmumu….

*** *** ***

Setahun lamanya perkenalan mereka. Saban malam mereka bertemu di YM, saban hari dipertemukan dengan kelewatan Saiful mengambil adiknya dan kadangkala mereka keluar bersama-sama sambil membawa bersama adik Saiful.
Satu malam, ketika Saliha baru balik dari makan malam dirumah Saiful, abangnya memanggilnya di tuan tamu.

“Sekejap, abang nak cakap dengan kamu.” Saliha terus saja duduk dihadapan seorang abang yang semenjak kematian ayah mereka menjadi ketua keluarga besar itu.
“Ya, bang.”
“Kamu pergi mane tadi?”
“emm, pergi makan malam rumah murid saya.” Abangnya mengangguk perlahan.
“anak murid kamu boleh bawa kereta?” soalan abangnya kini tampak lebih serius
“emm, adik die. Tapi…. die pon anak murid Sal jugak. Sal ajar die mendalami agama.” Saliha cuba mengukir senyuman.
“Macammana anak murid kamu nak jadikan kamu contoh.” Suara abangnya tinggi sedikit. “kamu sebagai cikgu pun tak tahu yang mana baik, yang mana buruk.” Kali ini saliha tak mampu tersenyum.
“Saya berkawan dengan die untuk bagi dia faham tentang Islam.” Saliah memberi alasan.
“Tapi kamu sendiri yang tak faham. Macammana.” Saliha sukar untuk mengerti perkataan abangnya. “Tiada dalil yang mengharuskan hubungan antara lelaki dan permpuan yang bukan mahram.” Air mata saliha mula mengalir. Disaat itu barulah dia sedar akan kesilapannya. “Abang cuma cakap apa yang betul Sal. Abang taknak kamu terjerumus kelembah yang hina.” Suaranya mula kendur. “kalau kamu benar-benar ikhlas, suruh die masuk meminang.” Saliha menggelengkan kepala.
“Biarlah, walaupun pahit, biarlah Sal cube lupakan die. Sal taknak hubungan Sal yang terbina nanti berdasarkan jalan yang salah.” Dia kemudiannya minta diri sambil air matanya masih berguguran.

*** *** ***

Tup! Pintu kereta mitshubishi evo VII ditutup kemas. Saiful masih seakan-akan mencari sesuatu. Sudah seminggu dia tidak kelihatan. Sakit ke? Hati Saiful mula resah. Saban malam juga tiada di YM. Telefon juga tak berjawab.

“Emm, cikgu Saliha sakit ke?” soalnya kepada adiknya
“Cikgu saliha dah pindah. Seminggu dah.” Tuhan saja yang tahu perasaan Saiful ketika itu. Title sebagi lelaki saja yang tak membenarkan air matanya gugur membasahi pipi. Dia terasa yang Saliha sudah meninggalkan dia. “cikgu tak bagitau abang ker?” soalan itu tak berjawab. Kereta terus saja menyusuri jalan.

Selepas saja dia turunkan adiknya dirumah, dia terus kerumah Saliha. Dia cuba memanggil beberapa kali hingga akhirnya Abang Saliha yang keluar.

“Maaf bang, Saliha ada dirumah.”
“Ya, kenapa?”
“Saya nak jumpa dia sekejap boleh?”
“Tak usahlah. Kamu balik sajalah.”
“Tapi kenapa bang?”
“Kamu dah buat benda salah Saiful.”
“Apa pulak salah, Saliha mengajar saya ilmu agama.” Ujar Saiful “Dulu saya tak faham Islam ini.”
“sekarang ni kamu dah faham?” duga abang Saliha.
“Alhamdulillah. Setakat ini.”
“Jadi kamu harus faham yang tiada dalil mengharuskan hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.”
“Kalau begitu biarlah saya melamar dia.” Abang Saliha menggeleng kepala.
“Dia tidak tercipta untuk kamu.”
“Demi Allah, saya akan pasti tercipta untuknya.” Saiful kemudian terus membawa dir. Walaupun naluri seorang abang ingin melihat adik-adiknya gembira, tapi mungkintidak kali ini.

*** *** ***
Sebuah van ambulans dikejarkan ke hospital. Mangsa kelihatan parah, kemalangan yang berlaku sekitar jam 12.00 tgh malam tadi terpaksa mengejutkan Dr. Saiful yang bertugas on call. Dr. saiful tiba sebaik saja mangsa dimasukkan kewad kecemasan.

Sejam kemudian…….

Dr. saiful keluar dar I wad kecemasan. Wajah yang pertama yang dilihat ialah Sabri. Abang kepada Saliha. Muka saiful tidak menggebirakan hati Sabri.

“Macammana Saliha?” Saiful menggelengkan kepala. Saiful duduk di kerusi bersebelahan dengan Sabri.
“Menurut hasil pembedahan tadi, kecederaan Salihan parah. Jantungnya mengalami kerokan teruk.” Sabri kelihatan betul-betul terkejut hingga air-matanya mengalir keluar.
“Buat masa sekarang ni kta boleh megharapkan lat bantuan. Tapi takkan tahan lama. Kita mesti cari penderma.” Sabri redha mendengar kata-kata saiful.

Dua hari kemudian……

Sehingga kini Saiful dan Sabri merasakan hidup mereka tidak bermakna selepas ini. Sudah hampir ke deadline, masih belum ada penderma yang mereka dapat cari. Saiful memanggil Sabri ke biliknya.

“Saya dah buat keputusan bang.” Sabri menggelengkan kepala.
“Walau apa pun yang terjadi. Aku ada adalah pilihan pertama. Aku adalah abang dia.”
“Tak, Abang kena selalu disisi dia selepas ini.”
“Tapi aku yang patut bertanggungjawab.”
“Betul, sebab itu abang tak boleh lepaskan tanggungjawab abang. Dia akan hilang tempat bergantung.”
“Dia ada kamu.”
“Saya tak tercipta untuk dia bang. Lagipun abang ada adik yang perlu dijaga.”
“Kamu pun ade kan?”
“Saliha pasti boleh jagakan untuk saya. Lagipun mereka sama-sama perempuan kan?”

*** *** ***

“Sejak pertama kali aku meliahatmu, aku dapat rasakan yang aku tercipta untukmu. Saliha walaupun kadang-kala kita rasakan yang hidup kita ni sudah cukup sempurna, tapi sebenarnya tiada yang lebih sempurna dari menjalankan tanggungjawab kita. Terutamanya kepa tuhan skalian alam. Senyuman yang saban hari kunanti seketika dahulu kusangkakan penawar rupa-rupanya racun terima kasih kerana menyelamatkan aku dari terjerumus ke lembah yang hina. Tiada kata yang mampu ku ungkapkan kepada mu. Aku ingin kamu selalu hadir dan temani aku. Setiap masa, setiap saat. Kerana itu aku lakukan perkara ini, dengan hadirnya jantungku bersama-sama kamu, setiap nafas yang keluar dan masuk, aku sentiasa menemani kamu, dan dengan cara itu aku dapat buktikan yang aku tercipta untukmu….”

Saliha sekali lagi menangis apabila membaca nota yang ditinggalkan saiful. Pagi ini dia bakal di pinang orang. Saliha kemudian turun kebawah untuk berjumpa dengan bakal suaminya buat kali pertama. Semenjak dari tangga lagi dia menundukkan pandangannya. Malu berjalan dihadapan tetamu yang hadir. Dia kemudiannya berhenti betul-betul dihadapan bakal suaminya.

“Kau tercipta untukku.” Bisk lelaki itu. Saliha tergamam. Dia segera melihat wajah insan dihadapannya. Dia apa yang mampu diungkapkan memalinkan dengan bahasa airmata.

Saiful dan Saliha selamat diijab kabulkan. Sebenarnya, disaat-saat akhir, barulah mereka menerima penderma. Pada waktu itu, saiful sudahpun masuk kewad dan Aisyah adiknya telahpun diserahkan kepada Sabri. Oleh kerana penderma itu tidak mahu dia diketahui, saiful terus saja menyamar. Selesai pembedahan. Saiful terus terbang ke London buat kali kedua untuk menyiapkan phd nya. –TAMAT-

Monday, May 5, 2008

Izinkan aku menjadi suaramu

Malam itu, sungai Nil menjadi saksi cinta Farhan dan Balqis. Perasaan cinta Farhan tak dapat dibendung lagi. Esok mereka akan pulang ke tanah air masing-masing sebagai graduan Universiti Al-Azhar dan Farhan tak mahu kehilangan peluang keemasan itu. Dia menyatakan hasratnya untuk masuk meminag Balqis sejurus selepas balik dari bumi mesir ini. Senyuman Balqis cukup untuk Farhan sebagai jawapan dan mahar kepada tepak sirih yang bakal dihantar pihak lelaki nanti. Bagi Balqis, dia juga tidak mahu jika satu hari nanti dia dijodohkan dengan orang yang tidak sefikrah dengannya. Perjuangan dalam jemaah Islam disana tampak hebat sebgai pembantu utama Farhan selaku Amir.
Entah mengapa malam itu terasa singkat sekali, fajar sidiq mula menampakkan diri dan selesai solat subuh, mereka berangkat pulang. Kelihatan beberapa mahasiswa dan mahasiwi merenung keluar dari kapal terbang bagi melihat kali terakhir bumi yang banyak mengajar mereka menyintai Allah.

*** *** ***

Kenapa perlu ada pertemuan jika perlu ada perpisahan. Kerana perpisahan mengajar kita erti rindu, mengajar kita untuk menghargai seseorang dan perpisahan menambahkan lagi rasa saying sesame manusia. Sudah hampir sembilan bulan mereka diikat dengan tali pertunangan. Farhan mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya keperingkat master di Jordan. Manakala Balqis pula sedang berusaha menyiapkan diploma perguruannya di UPSI. Kerinduan yang melanda sejak lima bulan berlalu hanya terubat dengan surat yang diterima saban bulan. Dalam surat yang saban bulan dikirimkan mereka, tak putus-putus mereka menyatakan rasa cinta mereka dan rasa rindu yang sering menyelimuti malam hari. Mereka juga saling memperingatkan bahawa tiada yang lebih layak dicintai selain Allah dan RasulNya.
Bulan November menyaksikan bulan yang paling dramatis buat mereka. Balqis diserang demam panas yang melampau. Hampir seminggu dia telantar dihospital. Akibat dari demam panas yang berlarutan, dia diuji dengan kehilangan nikmat bercakap. Balqis disahkan bisu. Air matanya sering mengalir mengenangkan nasibnya dan nasib cintanya. Atas rasa tanggungjawab, balqis menyuruh kedua orang tuanya memutuskas tali pertunangannya dengan Farhan. Memang berat untuk dia merelakan teman sehebat Farhan dalam hidupnya, namun dia terpaksa demi kebaikan Farhan. Balqis malu, dan dia akhirnya membawa diri ke daerah luar Bandar. Setelah hampir setahun belajar bahasa isyarat, dia memulakan kehidupan barunya sebagai guru kafa bagi kanak-kanak bisu dan pekak. Banginya ilmu agama ini perlu disampaikan walau dengan apa cara sekalipun. Lama-kelamaan di merasa bahawa mungkin inilah hikmahnya dia dicabut nikmat untuk bertutur.
Farhan pula hampir tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya melalui telefon, namun setelah menerima warkah terakhir dari Balqis dia akhirnya akur. Tak sempat dia menjelaskan segala-galanya pada Balqis apabila dia gagal untuk menjejaki kedudukan Balqis sekarang.

*** *** ***

Kehidupan Balqis bertambah baik saban bulan. Namun dia gagal menyembunyikan rasa rindunya terhadap insane yang selalu ada didalam hatinya. Di setiap solat, dia berdoa agar dia akhirnya dapat mengatasi masaalah itu. Dia tahu dirinya tidak layak lagi untuk dicintai. Hari ini sudah genap dua tahun dari sejak keberangkatan Farhan ke Jordan. Mungkin Farhan sudah bergelar pensyarah di salah sebuah IPTA sekitar Malaysia ini. Gumam hati Balqis. Itulah cita-cita Farhan selama ini dan menjadi harapan Balqis seketika dahulu. Dia baru saja selesai solat dhuha, kawan serumahnya yang juga kawannya semasa di mesir lagi bergegas masuk kedalam rumah. Dia membawa smapul surat bewarna merah. Wangi baunya. Seakan-akan kad jemputan kahwin.

“Dari Farhan.” Mata Balqis membulat dan mula menakung air.

Hatinya dipujuk agar menerima takdir tuhan. Di pasrah dengan keputusan Farhan. Dia juga merelakan perkahwinan itu. Dia tahu, Farhan layak untuk menyintai dan dicintai. Perlahan dia membuka sampul surat itu. Hatinya sekali lagi terasa ditampar apabila dia terlihat tulisan “Farhan & Balqis” pada pangkal kad jemputan kahwin tersebut. Belum sempat dia melakukan apa-apa, dedaun pintu rumahnya dikuak. Buat kali pertama dalam dua tahun ini Balqis dapat menatap wajah tampan Farhan. Dalam bahasa isyarat Farhan berkata. “Kita tidak perlu seseorang yang sempurna untuk menjadi teman hidup, tapi kita perlu seorang teman yang buat yang membuatkan kita rasa sempurna apabila kita bersamanya. Hampir setahun lamanya saya belajar bahasa ini hanya untuk menyatakan, izinkan aku menjadi suaramu.” Airmata Balqis masih mengalir namun bibirnya sudah mula mengukir senyuman dan hatinya sedar akan cinta yang Allah cipta untuk hambanya terlalu agung.


*diolah dari cerpen "izinkan aku menjadi suaramu,utusan malaysia 2007