Thursday, August 21, 2008

Gholibul Kolbi

Awan malam ini seperti awan-awan sebelumnya,
Siang hari menyimpan pelbagai misteri,
Dan tika malamnya menyimpan rahsia tersembunyi,
Segala ceritera alam dan sejarah silam;

Entah kenapa,
Malam ini seolah-olah tiba giliran aku menjadi watak utamanya,
Melakonkan sejarah dan kenangan masa lampau,
Meneroka hakiki disebalik mimpi;

Berpijak dibumi yang kuberpijak,
Menghirup udara dari udara yang kuhirup,
Menjadi lafaz sumpah setia kita suatu ketika dahulu,
Lama sebelum kau muncul dlm hidupku,

Lafaz yang aku sendiri tidak faham maksudnya,
Tidak mengerti nilainya,
Dan tidak tahu akibatnya,
Apa yang kutahu hanyalah dia;

Ceritera agung yang kau tulis,
Diatas lembaran masam silam yang indah,
Dengan bahasa terindah,
Dengan puisi bermadah;

Kelekaanku terbang bersamamu,
Mencari erti cinta yang kononnya wujud,
Cinta yang kita ikrar bersama,
Tanpa pernah mengetahui ertinya,
Nilainya;

Malam tidak selalunya indah,

Langit tidak selalunya cerah,
Seteguh mana hati jentayu,
Takkan ia terbang selamanya;

Titisan air mata,
Gugur berderai bersamamu,
Yang tinggal hanya hanya diarimu dilaci usangku,
Ditemani kata janji yang kita ikrarkan bersama;

Entah tiba-tiba,
Aku terjaga,
Dari lamunan selamanya mungkin,
Entah kenapa dan mengapa;


Aku tercari-cari,
Aku mencari-cari,
Sebuah epilog cinta silam,
Disebalik hati yang sudah tertutup rapat;

Aku umpama pendekar agung,
Yang mencari lawannya tidak jumpa,
Agar bisa aku belajar untuk tunduk hormat,
Dengan sebab kekalahanku;

Tapi sayang,
Impian hanya tinggal impian,
Hati pendekar ini tidak lagi mampu dijajah,
Dibuka kotanya,
Dek kerana ratu semalam;

Ku mencari insan yang mampu mengubat penyakit kakuku,
Agar ku bisa menulis ayat-ayat cinta yang bercerita,
Untukku kuabadikan dalam hatiku,
Namun tulisan hanya, tidak mampu menawan hatiku;

Ku mencari tabib bisu,
Yang mampu buatku berkata-kata,
Akhirnya setelah lima ratus tahun membisu,
Namun kata-kata hanya membuatkan aku lebih keliru,

Hari ini dalam sejarah,
Kota hatiku hampir ditawan,
Dek angkatan perang dari mata yang tidak pernah diangkat,
Dari wajah yang menyembah bumi,
Dari hati seikhlas wali;

Tapi sayang cinta yang kulaungkan tidak didengar,
Kulaungkan dengan sepenuh hati,
Namun,
Laungngan cinta dari sinaran mataku tidak tegar lama,
Sedetik, dua detik,
Kisah cinta kami terkubur,
Aku ketawa kesorangan membodohkan diriku,
Akhirnya aku mengerti bahawa cinta sendiri pun tidak lagi mampu,
Tidak lagi mampu menawan hatiku;

Dengan hati seribu kehampaan,
Aku meneruskan perjalanan,
Kerana perjuangan ini masih belum selesai,
Kini aku tiba disatu daerah,


Aku melangkah megah,
Menyusuri lorong-lorongnya,
Menuruni bukit-bukaunya,
Mengenali penduduk dan rakyatnya;

Disini aku sering dicabar,
Dan aku sering menidakkan pencabarku,
Menidakkan dengan satu buah sahaja,
Hingga aku benar-benar takabbur dengan kesaktianku,

Namun,
Dari mula kuberpijak kesini,
Aku saban hari dicabar oleh seorang lawan,
Bertubuh kecil, tidak tinggi, tidak juga sasa,
Tiada langsung pada dirinya ciri-ciri seorang pendekar,
Tiada juga seprti pencabar-pencabarku sebelum ini,
Yang mempunyai jurus tersendiri,
Baik Dukun Kaku, Tabib Bisu, mahupun Pangeran Cinta Sakti,
Akan tetapi dia tidak,
Dia bukan dari golongan begitu,

Setiap hari aku dicabarnya ditengah-tengah gelanggang,
Saban hari juga jurusku menujah dan menjatuhkannya,
Dan setiap kali dia jatuh, dia bangun semula,
Setiap kali dia rebah tak lagi berdaya,
Dipapah orang ke luar gelanggang, dia muncul semula di hening subuh esoknya,

Entah tiba-tiba aku berasa kagum,
Dengan kehebatan yang entah dari mana,
Yang membuatkan dia terus berdiri setiap subuh untuk mencabarku,
Untuk cuba menawan koa kebalku,
Dengan hanya membawa raksasa perang yang kerdil,

Hari ini aku mengatur pertempuran terakhirku,
Dia melihat dalam kearah mataku,
Dengan kepandaian yang tersendiri,
Aku menhunuskan jurusku,
Dia jatuh dah rebah,
Jatuh dan rebah bergilir-gilir;

Tiba-tiba aku tegamam,
Melihat langit gelap,
Yang menyimpan seribu ilham,
Pertempuranku kali ini hingga malam,
Hingga aku tidak dapat membezakan siang dan malam,
Aku sekali lagi agum dengannya,


Dia tersenyum puas melihat akalku,
Dengan darah yang mengalir pekat ditubuhnya,
Satu larian kencang diatur,
Aku melihat, tergamam,
Satu tikaman tepat kearah jantungku,
Membuatku rebah sambil tersenyum;

Sempat ku tunduk hormat padanya,
Kerana dapat menewaskan pendekar agung ini,
Dan aku mengerti,
Tidaklah pendekar itu pada jurus dantinggi ilmunya,
Namun pada ketabahan dia menerima jurus dan ilmu;

Aku tunduk dan bangun,
Aku bangun dari bayangan langit semalam,
Hari semakin cerah,
Kudapat lihat sinar dikaki langit,
Benarlah,
Betapa panjang pun waktu malam,
Siang pasti akan muncul…….















-garudasonata-