Monday, April 28, 2008

Perjalanan



Perjalananku terhenti lagi. Waktu ini keadaan masih gelap. Angin dan udara masing-masing sejuk . Dari tempat ku berdiri kedengaran suaran tangisan. Aku mengatur langkah menuju kearah tangisan itu. Tangisan itu jelas dihadapan sebuah rumah. Tuk! Tuk! Tuk! Aku mengetuk pintu.

“Siapa disana?” soalnya.
“Hamba Allah” jawabku.

Sejurus selepas itu diapun membuka pintu.

“Wahai subuh mengapa kamu menangis?” soalku apabila melihat mata subuh bengkak.
“Apakah aku tidak boleh menangis oleh kerana rumah tahajjud ini tidak lagi dikunjungngi.” Katanya seperti kekasih didalam penantian.”aku rindu pada Rasulullah,pada Abu Bakar,pada Umar,pada Al-Bukhari,pada Muslim,pada Solehuddin Al-Ayubi,pada As-syafie,pada Al-ghazali yang seringkali singgah dirumah ini.” Katanya lagi.

Sambil mendengar rintihannya aku melihat rumah tahajjud yang tersegam sepi itu.

“Apakah hasratmu kemari?” soal subuh.
“Aku datang membawa air mata taubat bersama buah-buahan zikrullah.” Subuh tersenyum seketika sebelum kembali muram.
“Kenapa kamu tidak membawa sahabatmu bersama?” soal subuh.
“Oh, mereka terlalu asyik mandi-manda di kolam mimpi indah hingga hanyut dibawa lena. Maafkan saya.”

Setelah menghantar air mata taubat dan buah-buahan zikrullah, aku bersiap-siap untuk meneruskan pengembaraanku. Subuh sudahpun di pembaringan ketika matahari mula hendak menampakkan cahayanya.

“Esok kamu datang lagikah?” Soalnya
“InsayaAllah.” Jawabku ringkas.
“Jangan lupa sahabatmu.” Pesannya.

Aku meneruskan perjalanan dikala subuh tertidur lena.


*** *** ***



Perjalanku terhenti lagi. Aku berdiri diatas pasir pantai sambil menatap laut yang tenang. Disebalik ketenangan itu, aku melihat laut sibuk bersiap entah untuk apa.

“Wahai laut !” jeritku memanggil ketua laut.
“Apakah hajat kamu ketika ini wahai hamba Allah?”
“Apakah pekerjaanmu yang terlalu sibuk ini?Lagaknya seperti ingin berperang.”
“Mengejutkan manusia.” Aku mengerutkan dahiku. “Dari kealpaan duniawi.”
“Maksudmu?” aku tidak mengerti.
“Aku diarahkan tuhan sekalian alam untuk membawa pulang hambanya dan mengejutkan sebahagian yang lain. Aku juga diarahkan untuk meninggalkan bukti kekuasaan Allah.
“Berapa ramaikah manusia yang dipanggil Allah?”
“Ramai wahai hamba Allah. Hinggakan Allah mengutuskan bahtera tsunami untuk mereka.”
“Apakah aku diantara mereka?”
“Maafkan aku, ini rahsia Allah.”

Aku tertunduk ketika itu. Bala tsunami akan melanda lagi. Beribu-ribu manusia akan menjadi korbannya nanti. Aku menitis kan air mata kerana takut akan bala Allah.

“Mengapakah bahtera tsunami yang diutuskan? Bukankah terlau besar kapal itu?
“ Kata Allah Manusia merindukan tsunami.” Jawapan itu membuatkan aku bertambah sebak. Benarkah manusia merindukan tsunami. Aku kemudiannya berlalu dari situ menuju ke Surau yang tiada penghuni untuk berlindung dari kemurkaan Allah. Sebentar kemudian kedengaran gelak tawa manusia yang dikunjungi bahtera tsunami. Mereka nampaknya terlalu gembira hingga belari-lari meninggalkan anak dan isteri. Satu persatu jiwa dimasukkan kedalam tsunami. Ketika itu aku melihat surau yang tadinya kosong kini padat dengan manusia. Apakah telah sampai waktu yang dijanjikan Nabi bahawa Islam akan menang ketika subuh mereka seperti Jumaat mereka. Lalu kedengaran rumah Allah itu berbicara.
“Tengok manusia, ketika aku panggil mereka untuk datang kesini saban waktu,saban hari, tiada sesiapa pun yang nak datang. Semua memekakkan telinga masing-masing. Sekarang sibuk je nak datang.” Aku terdiam malu. “haha, bukan susah rupanya nak suruh mereka ni selalu pergi masjid. Selalulah mohon pada Allah agar tsunami kerap datang atau bala yang lebih dahsyat dari itu. Taufan! Ya, taufan. Mereka tak kenal lagi taufan. Mungkin nanti bila taufan datang menjenguk manusia mungkin lebih ramai orang yang datang kemari.”
“Wahai rumah Allah, bukankah Nabi aku telah minta pelepasan dari Allah dari azabNya didunia ini untuk ummatnya?” soalku.
“Azab? Ini bukan azab hamba Allah yang beriman, ini Cuma peringatan kecil sahaja. Jika azab yang turun pada hari ini aku rasa tiada satu kumanpun yang akan hidup selepas ia diturunkan. Azab yang sebenarnya bakal mereka terima di akhirat kelak. Oleh itu, berilah peringatan kepada sahabat-sahabatmu.”
“Mengapa begitu perkataanmu?”
“Mengapa tidak? Tidakkah kamu pernah mendengar cerita dari azab yang telah tuhanmu turunkan untuk umatnya terdahulu? Untuk kaum tsamud, untuk kaum Lut, untuk kaum Nabi Saleh.”
“Ya, pernah. Mereka Allah turunkan Azab kerana ada yang mengamalkan seks sonsang, ada yang mendustakan nabi mereka, ada yang takabbur, ada yang cuba membunuh nabi mereka dan ada juga yang meminta-minta azab dari Allah.”
“Ya, mereka melakukan semua yang kamu sebutkan, tapi mengikut kaumnya. Hari ini semua itu berlaku dalam satu zaman. Zina, pembunuhan, pendustaan keatas nabi, ada yang mengutuk nabi, ada yang mempelecehkan nabi, seks luar tabii dan macam-macam lagi. Semua berlaku dalam satu zaman.”
“Jadi apa yang harus aku lakukan?”
“Tak perlu risau anak muda, ini adalah sebahagian dari tanda akhir zaman.”
“Apakah tiada penyelesaiannya?”
“Berilah peringatan kerana peringatan itu berguna untuk orang-orang beriman.”

Saturday, April 26, 2008

Aku menyintaiMu


Pada pertemuan ini

telah kukenal inta & kaca

telah kulihat mentari bersinar

telah kusaksikan bintang bekerdipan,


Terkadang langkahku tersasar

dalam mencari erti kehidupan

dalam mencari makna seorang teman

untuk mengharungi liku-perit jernih,


Aku memuji keindahan wajahmu

yang dipayungi kerendahan hatimu

aku memuji kekuatan imanmu

yang dipayungi rasa malu yang syahdu

aku memuji kehebatan Tuhanku

yang mampu melemahkan hatiku dengan pandanganmu,


Mengapa didamba teman sehebat khatijah

andai hati tidak seikhlas Muhammad

mengapa mengharap teman secantik Zulaikha

andai iman tidak seteguh Yusof,


Hanya kupinta darimu Tuhanku

kau temukanlah aku dengan seorang insan

yang hatinya sentiasa menyintaiMu

agar aku menyintai kerana dia menyintaiMu

dan pabila aku menyintainya

aku menyintaiMu...

Cinta Satu Malam


“You're not alone
Together we stand
I'll be by your side
You know I'll take your hand

When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No, I won't give in

Keep holdin' on
Cause you know we'll make it through
We'll make it through
Just stay strong
Cause you know I'm here for you
I'm here for you
There's nothing you can say
Nothing you can do
And There's no other way when it comes to the truth
So, keep holding on
Cause you know we'll make it trough
We'll make it through”

FAIZ merenung jauh dari berenda asramanya. Kelihatan beberapa pelajar lelaki sedang bermain bola, ada juga yang sedang bermain sepak takraw. Pandangannya tertumpu pada gelanggang takraw yang saban hari menjadi tempatnya mengasah bakat. Di gelanggang itulah dia bertemu dengan sahabat karibnya. Walaupun perkenalan mereka baru berputik, namun putiknya sudah seindah bunga. Hampir tiga bulan dia disitu, tujuannya untuk belajar agama dengan lebih mendalam sudah tertunai. Dia bercadang untuk mengumumkan pemergiannya dari sekolah pondok itu malam ini.

“Kau betul-betul nak berhenti ke Is” soal Syafiq ketika bereka berehat-rehat selepas penat bermain takraw petang itu. Faiz hanya mengangguk beberapa kali.
“Aku mintak maaf Syafiq, Fateh. Silap aku tak beritahu korang awal-awal. Memang aku hanya bercadang nak duduk kat sini dua tiga bulan je. Nak rasa biah kat sini, biah solehah.” Cerita Faiz sambil tersenyum. Fateh dan Syafiq hanya diam mendengar penjelasan Faiz.
“Aku bukan apa Is, sejak ko datang kat sini seronok plak aku rasa.”
“Bukan ko sorang je Fateh, aku pun sama. Kalau ada peluang memang aku nak teruskan hidup aku kat sini. Kat sini tak macam kat KL tu, budaya kat sana dah tak boleh dibendung lagi. Tapi, korang pun akan tinggalkan Raudah juga kan?”
“memanglah, tapi bukan esok luse. Paling awal pun mungkin bulan lima. Itupun kalau kitaorang masuk matrik. Tapi kitaorang tinggalkan bumi Raudah ni je. Raudah yang kat sini we never let it go.” Fateh menepuk-nepuk dadanya perlahan.
“Aku pun sama, tak mungkin aku boleh tinggalkan Raudah kat hati aku.”

Faiz terkenangkan perbualannya dengan Syafiq dan Fateh kelmarin. Dia memastikan Fateh dan Syafiq adalah orang pertama yang diberitahu.

*** *** ***
Dengan berpakain jubah coklat lembut, duduk didepan ratusan penghuni Raudah malam itu, Faiz memberi kuliah. Kuliah terakhir mungkin buatnya untuk kali ini. Dia menceritakan kisah dan teladan tentang hadith yang berbunyi “Islam itu dagang dan akan kembali dagang…” dia menceritakan perjalanan Islam dari zama Raulullah hingga ke zaman khulfa’ ar-rasyidin, melangkawi hingga zaman ummayyah, abbassiah, dan turki uthmaniah. Mencerikatan kegemilangan Islam dari tahun ke tahun, zaman kezaman, dan menceritakan tentang keadaan Islam ketika era kejatuhan Turki uthmaniah hingga kini kita dipijak. Dari kuliah itu mereka yang masih muda dalam ilmu agama mengetahui bahawa orang yang bertanggungjawab diatas kejatuhan Islam adalah orang Islam sendiri. Faiz meneruskan kuliahnya hingga jam digital di dindin musolla berbunyi. Ada dua tiga kerat pendengar setianya bangun mengambil wudhu’ di belakang. Mungkin risau tak sempat takbiratul ula dengan imam nanti.
“InsyaAllah dikesempatan ini ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Raudah yang selama ini banyak membantu ana dalam mendalami ilmu Allah ini.” Dia diam sebentar. Muka rakan-rakannya direnung satu persatu. “InsyaAllah, esok ana berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan ana tak tahu bila pula kana akan datang balik sini.” Kedengaran sedikit kekecohan di musolla itu. “ Cuma ana nak pesan seperkara, dimana saja kita berada, perjuangkanlah agama Allah ini.”

*** *** ***
Malam tidak berakhir disitu untuk Faiz, selesai solat Isya’ yang turut diimamkan oleh Faiz, dia fateh dan Syafiq terus pergi kerumah Ustaz Saleh. Rumah Ustaz Saleh terletak tidak jauh dari musolla, beliau umpama ayah kepada warga Raudah. Menurut ceritanya, datuk Ustaz Saleh yang membuka Raudah ini. Asalnya Raudah hanya sebuah pondok biasa namun setelah ayah Ustaz Saleh mengambil alih pondok itu dia telah menaik tarafkan menjadi sebuah pusat pengajian yang berteras dua aliran, akedemik dan ilmu agama.

“hmmm…” Ustaz Saleh mngangguk perlahan. Matanya yang tadinya hanya merenung kebawah, kini dia mengangkatnya dan merenung tepat mata Faiz. “Cinta itu haram bagi mereka yang bukan muhrim.”
“Tapi insyaAllah Ustaz, saya memang ikhlas ingin mengail dia sebagai isteri saya suatu hari nanti.” Balas Faiz.
“Habis tu kamu nak saya tunangkan kamu dengan dia?”
“Ish ustaz ni, apa pulak kata mak bapak dia nanti.” Terkejut dia mendengar kata-kata Ustaz Saleh.
“Aina Mardiah tu dah kehilangan orang tua dia sejak kecil lagi.” Kelihatan Faiz mengerutkan dahinya.
“Habistu dia dia tinggal dengan siapa?” suara dia agak lemah sedikit kali ini.
“Kami yang bela dia, dan kamu jangan risaulah. InsyaAllah dia akan ada kat sini bila kamu datang balik nanti.” Kali ini Faiz tersenyum.
“Maknanya jadilah kamu bertunang yek?”
“Pasal bertunang tu….”
“kenapa pulak ni Faiz? Kamu serius nak kat dia ke tak?”
“Memanglah Ustaz, tapi….mak saya mesti tak benarkan.”

Faiz tertunduk memikirkan pelbagai persoalan di fikirannya. Ustaz Saleh pula masih menunggu keputusan dari Faiz. Dalam suasana bening itu isteri Ustaz Saleh datang membisikkan sesuatu kepada Ustaz Saleh.

“Macamnilah Faiz, apa kata kita letak tanda dulu. Budaya ni biasa kita buat kat Perak.” Faiz mengangguk perlahan. “Jom.”
“Jom?” faiz tidak mengerti.
“ Jom kita ke musolla, Ainul Mardiah dah menunggu disana.” Pucat lesi muka Faiz malam itu. Apa yang akan dia cakap dengan Diya nanti.

*** *** ***

Ainul Mardiah menutup mashaf al-quran yang diberi oleh Faiz tujuh tahun lalu. Malam sebelum Faiz pulang ke Kuala Lumpur, mereka sempat bersembang dan dari situ mereka tahu yang sebenarnya memang mereka saling menyintai antara satu sama lain. Cuma iman mereka yang takut akan Allah sahaja yang membuatkan mereka tidak pernah menzahirkannya. Menurut syarat dari Ustaz Saleh mereka hanya boleh berhubung melalui surat sebulan sekali sahaja. Faiz memberi Diya senaskah Al-quran sebagai tanda bahawa dia akan mengahwininya. “ Apilbila kamu merindui ana, maka bacalah al-quran atau berselawatlah keatas Nabi, kerena Allah dan Nabi adalah yang paling layak dicintai.” Diya masih teringat kata terakhir Faiz. Faiz kemudiannya berangkat ke Jerman untuk menyiapkan ijazahnya dalam bidang pengurusan. Namun satu perkara yang tak diduga berlaku, warkah dan khabar berita dari Faiz terputus dua tahun lalu. Lima tahun setelah Faiz meninggalkan Raudah. Kalu hendak diikutkan hati Diya, memang dia hendak menangis selalu. Namun dia hanya menyerahkan segalanya Pada Yang Maha Esa untuk menjawab segala teka-teki kehidupan ini. Hari ini, Diya sudahpun bergelar seorang doktor. Dia baru ditugaskas di HKL Isnin lalu, setiap pagi dia akan membaca al-quran yang diberi Faiz sebelum pergi ke tempat kerja. Dia menyemak jadual hariannya. Baru dua hari bertugas, Diya sudah disuruh merawat pesakit kanser tulang tahap kedua. Pesakit pertamanya itu hanya dapat diselamatkan dengan semangat yang tinggi dari dirinya sahaja. Kebanyakan pengidap kanser tulang berakhir dengan kematian. Dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam wad pesakitnya. Bismillah diucapkan, pintu dikuak pelahan.

“Asllamualaikum, mulai hari ini saya Dr. Diya akan merawat encik…..” Diya hanya merenung fail yang dipegangnya sebentar tadi. Dia kemudiannya merenung papan tanda nama dikatil pesakitnya untuk mengetahui nama pesakitnya.
“Faiz, nama saya Faiz.” Diya tergamam. Matanya diangkat perlahan hingga tepat kewajah insan yang sangat dirinduinya. “Apa khabar Diya.” Lemah suara Faiz. Hanya air mata yang menjadi jawapan untuk kekasih hatinya ang kini diambang maut.
“Is janji nak dengan Diya aritu…” kata-katanya taksempat dihabiskan.
“Is taknak Diya sedih. Is taknak dia kehilangan Is nanti.”
“Diya sudah pun kehilangan Is. Tujuh tahun Diya tunggu Is.” Ait matanya masih mengalir.
“Is ingatkan kita dah takda jodoh, Is ingat Is akan…”
“Diya akan cuba selamatkan Is.” Diya memotong kata-kata Is
“Tiada siapa yang mampu menghalang kematian Diya.”
“Tapi kita still boleh usaha kan? Allah melarang hambaNya berbutus asa kan?” Faiz mengangguk perlahan.
“Tapi kalau nanti kita gagal, ingatlah Allah itu sebaik-baik perancang.” Diya mengangguk lemah. “Diya.”
“Ya,Is” Diya mengangkat mukanya.
“Saya ada satu permintaan. Permintaan terakhir.”
“Apa dia Is?” Diya sedia mendengar.
“kalau saya pergi nanti, awak tolong cari Fateh.”
“Fateh?”
“Fateh menyintai kamu Diya, saya sudahpun menyuruhnya mencari kamu di Raudah.” Diya menangis.
“Tapi dengan satu syarat.”
“Syarat?”
“Kahwini saya dulu. Saya nak Is jadi suami saya diakhirat kelak.” Kali ini, air mata lelaki milik Faiz tidak dapat dibendung lagi. Mutiara tabahnya membasahi pipi tampannya. Sedaya upaya dia cuba mengukir senyuman yang selama ini mudah sangat terukir. Faiz mengangguk perlahan.

*** *** ***

Hari ini genapalah setahun pemergian Faiz dari alam fana ini. Diya dan Fateh datang bersama cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Muhammad Faiz menziarahi kubur Faiz yang diletakkan berhampiran kubur ayah Ustaz Saleh di Raudah. ‘Is, Diya dahpun menunaikan permintaan Is. Cuma Diya harap Allah akan menunaikan permintaan Diya tempoh hari untuk menjadi Suami Is diakhirat kelak. Is, bersama dengan Diya hari ini Diya bawakan Faiz untuk mengubati rindu Diya. Diya harap Is setuju dengan apa yang Diya lakukan ini.’ Bisik hati Diya. ‘Is, sebagai seorang sahabat, aku sudahpun menjalankan tangungjawab aku Is. InsyaAllah, aku akan jaga Diya sebaik mungkin. Aku doakan kau ditempatkan bersama orang-orang soleh Is. Tunggu aku, aku akan mesyusul kemudian. Itu janji tuhan kita.’ Pusara Faiz kemudiannya ditinggalkan setelah bacaan yassin dikumandangkan. Begitu juga memori indah bersamanya, namun perasaan cinta, kasih dan saying mereka kepada Faiz tidak pernah padam. Mereka berazam untuk membesarkan anak mereka agar menjadi sehebat Faiz, setabah Faiz. –TAMAT-
*gambar diatas cuma gambar hiasan

Thursday, April 24, 2008

Kembara di dunia

Kembara di dunia....
ibarat berkelana dilautan
tanpa kapal tiada guna nakhoda
tanapa angin pelayaran tak dapat diteruskan
jika tiada lautnya, maka terdamparlah bahtera megah
bagaimanakah untuk ia disebut pelayaran
jika tida destinasinya,

Angin yang datang tak dijemput
perginya juga tak disuruh
kita tak mampu mengubah angin
mendamaikan sang ribut menjadi bayu
kita juga tak tegar mengubah haluannya
tapi jangan sekali-kali kita mengubah destinasi kita
walau kita mampu, jangan!
ubahlah cara kita belayar

Kembara didunia....
ibarat perjalanan para pedagang
dari madinah ke syam
singgah sebentar dipohon rendang
hajat dihati ingin berehat
terlihat pula buah yang ranum
disitulah dunia
walau sama pohonnya
mungkin buahnya ada yang manis
ada juga yang masam
manusia terkadang lupa dan alpa
tentang apa menanti di syam
kerna diselimuti pohon yang rendang itu
sebab mereka tidak tahu
disana nikmatnya lebih besar
dan disini hanya sementara
sementara musim berbuah

Monday, April 21, 2008

Remaja hari ini pemimpin akan datang






Seringkali kita mendengar "ungkapan remaja hari ini pemimpin akan datang". Remaja yang didefinisikan sebagai manusia yang berumur 15-21 tahun pada peraturan alamnya akan meningkat dewasa dan bakal menggatikan golongan pemuda dan tua hari ini. Persoalannya, mampukah remaja yang kita lihat hari ini menaruju kepimpinan dimasa akan datang? Mampukah mereka menjadi seperti pemimpin agung, Umar al-faruq, seperti Sultan Muhammad al-fateh, seperti Salahuddin al-ayubi dan beberapa kepimpinan Islam yang menjadikan 2/3 dunia dalam penguasaan mereka. Adakah pemuda yang kita lihat hari ini sehebat Saidina Ali atau mereka ini seperti Hasan Basri yang ditauliahkan sebagai tuan guru di Basra sejak umurnya 15 tahun? Mereka tidak. Tidak. Tidak sama sekali.



Lihat sajalah remaja hari ini yang terpengaruh dengan budaya barat. Berpesta sakan lelaki dan perempuan dimalam merdeka. Kononnya bagi menyatakan negara ini sudah bebas. Bermati-matian orang dulu menghalau penjajah, remaja hari ini senang-senang membawa budaya mereka kembali bersila di atas tikar kedaulatan ini.



Bukanlah menjadi kebanggaan apabila negara kita maju, ekonomi kita mantap, tetapi rakyat kita bertutur bahasa asing, Belajar dalam bahasa asing, mengajar dalam bahasa asing. Dimakah bahasa terindah kita? Tapi kita bangga jika negara kita maju, ekonomi kita mantap, kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain dan rakyat kita belajar dalam bahasa kita, mengajar dalam bahasa kita. Bukankah bahasa kita yang terindah?



Terfikirkah kita apabila melihat remaja hari ini banyak diberi amaran tentang pemakaian topi keledar, namun tak pernah diberi amaran tentang mereka yang tidak berpakaian. Kerajaan juga terlalu tertumpu pada nasib rakyat dinegeri pembangkang yang serba kekurangan, tapi mengabaikan nasib rakyat di tengah kota yang tidak cukup kain. Mereka lebih dianjurkan kekonsert-konsert yang diadakan saban hari, namun mereka tidak pernah diajak meramaikan taman-taman syurga dimasjid-masjid berhampiran. Apakah remaja begini yang akan dudk dikerusi pemimpin kelak. Pemimpin yang lahir dari remaja acuan kerajaan hari inilah yang akan duduk diatas kerusi empuk sambil merompak harta rakyat, merampas segala tender-tender, membolot segala kegilaan dunia. Sambil mereka duduk didalam mahligai jutaan ringgit, rakyat masih tinggal teratak ayam. Sambil mereka menikmati makan tengahari dengan pelbagai juadah, rakyat makan siput babi colek air hujan.



Marilah kita melihat pemimpin seperti Umar, Umar tidak pernah mencanangkan wawasan 2020 mahupun progam pembangunan modal insan. Namun pemimpin yang berwawasan akhirat ini mampu meletakkan 2/3 dunia dalam penguasaannya. Beliau tidak ada Istana mahupun mahligai yang bernilai ratusan jutaan ringgit. Beliau seringkali dudk dibawah pohon tamar beralaskan tanah agar beliau dekat dihati rakyat, supaya beliau mudah ditemui rakyatnya. dizamannya tiada seorang pun diiktiraf fakirmiskin.



Sedarlah, pemimpin begini hanya akan lahir dari remaja yang tidak memendekkan malamnya dengan tidur, tidak juga menggelapkan siangnya dengan maksiat, akan tetatpi dia sering menyuburkan hatinya dengan zikrullah disamping menyintai ilmu seperti Saidina Ali yang dipelihara mukanya oleh Allah. Dengan formula itu, maka lahirlah pemimpin seperti Hassan Al-Banna dan Syed Qutb yang berjalan ke tali gantung. Beliau pernah berkata, didalam dakwah ini ada tiga perkara: jika kita mati, kita syahid. jika kita dipenjara kita beru'zlah. dan jika dibuang negeri, kita sebarkanlah dakwah kita dinegeri kita dibuang. Wahai remaja, bersiadakah anda menjadi pemimpin?

Friday, April 18, 2008

Sultan Muhammad Al-Fateh



Dibawah ini saya telah copypaste kisah tentang seorang pemimpim yang dinyatakan oleh nabi sebagai sebaik-baik pemimpim dan rakyatnya sebagai sebaik-baik rakyat. Bacalah dan berfikirlah........






Sultan Muhammad Al Fateh (محمد الفاتح) atau yang disebut juga Mehmed II The Conqueror dilahirkan pada tanggal 29 Maret 1432. Saat kelahirannya pun sudah terdapat isyarat bahwa dia nantinya akan menjadi orang besar yang membuat sejarah besar. Ketika berita kelahirannya disampaikan, ayahnya, Sultan Murad II sedang membaca Al Quran tepat pada Surat Al Fath ayat 1:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”
Kelahirannya ada pertanda
Menjelang kelahirannya, Sultan Murad sebenarnya sedang mempersiapkan penyerbuan ke Konstantinopel (Constantinople), ibu kota Kekaisaran Romawi Timur atau Byzantium. Setelah anaknya Muhammad lahir, datanglah seorang ulama besar Islam ke istana Sultan dan beliau mengatakan bahwa bayi itulah yang nantinya akan menaklukkan Konstantinopel seperti sabda Rasulullah SAW:
“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali dari Khurasan (sekarang Uzbekistan). Beliau adalah seorang syeikh tarekat Naqsyabandiyah. Sultan Murad sangat yakin dengan ilham Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik.
Didikan tarekat sufi dan kecakapan perang
Syeikh Syamsuddin mendidik muridnya ini dengan disiplin tarikat yang cukup keras. Penuh dengan latihan mengekang hawa nafsu dan hidup susah sehingga hasilnya Pangeran Muhammad menjadi seseorang yang berjiwa kuat dan sangat tahan dalam menghadapi ujian. Beliau dididik memiliki cita-cita besar yaitu menepati janji Tuhan melalui Rasulullah SAW: menaklukkan Konstantinopel. Untuk ilmu perang, ayahnya mendatangkan panglima-panglima yang paling berpengalaman untuk mendidik beliau. Beliau sendiri adalah seorang cendekiawan yang gemar mengumpulkan ilmuwan-ilmuwan di istana untuk berdiskusi.
Pada usia 19 tahun beliau naik tahta menggantikan ayahnya. Mulailah persiapan penaklukan dilakukannya. Beliau mendidik tentara dan rakyatnya agar menjadi orang-orang yang ertaqwa. Seluruh tentara dan rakyatnya dididik agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Tuhan. Sebaliknya di siang hari mereka adalah singa-singa yang berjuang di jalan Allah. Beliau juga mengadakan operasi intelijen untuk membebaskan seorang ahli pembuat meriam dari penjara Romawi. Bersama para insinyurnya beliau membangun benteng, kapal-kapal perang dan meriam-meriam yang canggih untuk ukuran zaman itu. Bahkan dalam membangun benteng Rumeli Hasari di Selat Bosphorus beliau turun tangan ikut mengangkat batu dan pasirnya.Takluknya Konstantinopel
Setelah persiapan matang, dimulailah penyerbuan ke Konstatinopel. Perang yang hebat berkecamuk lebih satu bulan, belum juga tampak tanda-tanda kemenangan. Bahkan pasukan Islam mengalami kesukaran mendekati benteng Romawi di tepi Selat Bosphorus tersebut karena di taut pasukan Romawi memasang rantairantai berukuran besar yang sangat panjang hingga menghalangi kapal yang akan mendekat. Dalam ketidakpastian itu Sultan Muhammad Al Fateh bertanya pada syeikhnya yang mulia, “Wahai Guruku, kapankah saat yang dijanjikan itu tiba?” Syeikh Syamsuddin Al Wali menjawab, “Pada hari ke 53, hari Selasa pukul 11 pagi.” Ini adalah ilham berbentuk berita ghaib yang diterima oleh Syeikh Syamsuddin Al Wali. Sultan Muhammad sangat yakin pada ilham gurunya. Beliau makin bersungguh-sungguh meningkatkan ketaqwaan pada Allah dan mengajak tentaranya melaksanakan hal yang serupa sebab hanya orang bertaqwa yang mendapat bantuan Tuhan.
Pada suatu malam di butan Mei 1453 terjadilah peristiwa yang luar biasa. Para insinyur Sultan telah menemukan inovasi teknologi luar biasa yang bisa disebut terobosan besar di zaman itu. Mereka berusaha membuat agar kapal-kapal perang Islam dapat berjalan di darat. Dengan memutari selat, pada tengah malam tibalah kapat-kapal pasukan Sultan Muhammad At Fateh ke bagian belakang benteng Konstantinopel. Kota Konstantinopel sebenarnya adalah kota yang sangat strategis karena ditindungi oleh benteng alami, yaitu perbukitan. Kapal-kapal tentara Islam yang berjumlah 70 kapat mendarat di Semenanjung Pera di pinggir perbukitan itu dan berusaha mendakinya. Terjadilah keajaiban yang merupakan karamah bantuan Tuhan di malam itu. Secara lahiriyah, meskipun kapal-kapal tersebut dapat ‘dipaksa’ berjalan di darat dengan menggunakan balok-balok kayu raksasa tapi tetap saja untuk mendaki bukit untuk membawa 70 kapat layar berukuran besar dalam tempo beberapa jam adalah hal yang mustahil. Apa yang sebenarnya terjadi? Kapal-kapal itu bukanlah berjalan di darat tetapi seakan melayang mendaki dan menyusuri perbukitan sejauh 16 km sampai di Golden Horn sehingga operasi pendaratan 5.000 pasukan itu selesai dalam waktu singkat. Dari sanalah mereka menyerbu Konstantinopet. Paginya, pada hari Selasa 29 Mei 1453 Konstantinopel takhluk ke tangan tentara Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh.
Telah diceritakan bahwa ketika Sultan Muhammad At Fateh memasuki Konstantinopet, para prajuritnya menemukan makam sahabat Rasulullah SAW yaitu Abu Ayyub Al Anshari ra. Di makam tersebut mereka melihat sebagian kaki Abu Ayyub tersembul keluar dari tanah. Kaki tersebut putih bersih, sama sekali tidak terlihat rusak walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun. Inilah karamah para sahabat Nabi. Sultan panglimanya bergiliran mencium kaki tersebut. Giliran Sultan yang terakhir. Ketika Sultan Muhammad Al Fateh akan mencium kaki Sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut masuk ke dalam tanah. Telah diceritakan pula bahwa pada sore hari setelah penaklukan bersejarah itu Syeikh Syamsuddin Al Wali bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub Al Anshari. Beliau (Abu Ayyub) menyampaikan ucapan selamat pada Sultan Muhammad Al Fateh karena berhasil menaklukkan Konstantinopel dan menyatakan bahwa beliaulah yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
Pada hari Jum’at pertama di Konstantinopel, ketika diadakan shalat Jum’at untuk pertama kalinya, terjadi kebingungan dalam menentukan siapa yang menjadi imam. Sultan pun dengan lantang meminta seluruh tentaranya berdiri dan mengajukan pertanyaan: “Siapa di antara kalian yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan shalat fardhu silakan duduk!” Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini berarti seluruh tentara Sultan sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan shalat fardhu.
Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga saat ini pernah meninggatkan shalat sunat rawatib silakan duduk!” Sebagian tentaranya masih tegak berdiri dan sebagian lagi duduk. Jadi sebagian tentara sultan sejak balighnya tidak pernah meninggalkan shalat sunat rawatib.
Kemudian Sultan berkata lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga hari ini pernah meninggalkan shalat tahajud silakan duduk!” Kali ini seluruh tentara duduk. Yang tinggal berdiri hanya Sultan sendiri. Ternyata sejak usia baligh Sultan belum pernah meninggalkan shalat tahajud sehingga beliaulah yang paling pantas menjadi imam shalat Jum’at. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentara dan sebaik-baik rakyat.”

Thursday, April 17, 2008

Cinta tiada akhirnya

Di sini saya nak kongsikan sebuah cerita yang saya dapati daripada Klik Sini .Baca & Fikir. Moga mendapat manfaat drpdnya.InsyaAllah =) "Siti Syazwani. Happy Birthday! Semogakamu akan sentiasa dirahmati Nya All the best in everything you do Jaga diri& iman baik-baik yea~-Amin, UK-"Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ? Argh, takmungkinlah! Dia dah kata takkan .Aku teringat ketika dia pulang bercutipada musim summer tahun lepas. Namun,sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak mem berinasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS,email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah jugaberjumpadengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit.'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KLsekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan aku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya.Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagiku. Dan petang itu kami taklah kemana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu.Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah,Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian,satu detik yang agak 'mengingatkan'bagiaku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku,Dia ada bertanya "Apa beza kita dengandia orang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang.Tutup aurat elok. Sampai waktu solat,kita solat. Erm Islamik sket la pendek cerita!.""Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk."Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.Erk Semakin terkesima aku dibuatnya.Kali ini aku terus diam terpaku. Akutahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau akuj awab lagi, mesti dia 'counter' lagi.Huh. Diam sahaja lah! "Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya" Amin cuba menyedapkan hati.Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan diabertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu diatidak pernah langsung menelefon aku.SMSpula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan kebawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. InsyaAllah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'apakah yang akan berlaku selepasini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu.Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMSberbunyi. Nombor Amin yang terpapar."Esok free tak? Boleh kita chatting?""Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wishbirthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku."Ok.Tq..." balasnya pula.Keesokannya, aku menanti awal dia online.'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.Oh, tepat sungguh waktunya...Amin: assalamualaikum wbt.Wani: wsalam Amin: apa khabar? sihat? iman baik? Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak? Amin: alhamdulilah baik2 juga iman selalu turun naik sejak kebelakagan ni tp takpe, ok je semua. Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw,thanks for the bday wish last week...Amin: welcome.tak balik. byk kerja sket tahun ni lagi pun saya nak try bekerja cari duit...Wani: wah, rajinnya... baguslah! Amin: hurm... Amin: study macam mana? Wani: ok je... new sem ni berat sket..Jadual pack. Amin: oic... Amin: takpe, study rajin2 ye.. Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya Amin: hurm Wani: apa dia? tanya la sila2.. Amin: 1st of all sorry dulu ye. hurm,apa pendapat awak tentang kita sekarang?Wani: erh macam awak kata dalam emailtu dulu yang kita ni kan 'kawan' taklebih daripada tu tp, special sket tiada couple-couple mcm org lain declare pun tak kan? Wani: so, statusnya kawan je la Amin: hurm.. Wani: erh, tak betul ke? Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram,tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya. Wani: jadi. Amin: saya rasa kita harus stop untuk berpisah. Amin: sbb Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru. Amin: benda ni akan buatkan hati ternod. zina hati akan banyak berlaku. Amin: walaupun kita jauh, tak call, takjumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'. Amin: huh Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat Amin: kononya Islamik Amin: saya rasa cara ni tak betul kita, sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam then, org nampak Islamik Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh.. Amin: hurm..Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah Amin: demi menjaga diri& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redhaIlahiAmin: sorry sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan. Astaghfirullahalazim Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi Airmata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkaraseperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku takdapat membantah dan berkata-kata. Sedih,pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi. Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini.Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram,serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa. Cinta hakiki hanyalah pada Allah. Tiba-tiba aku teringat hadis halawatuliman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripadamakhlukNya, kemudian mencintai seseorangitu hanya kerana Allah dan akhir sekali,mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.Aku terus menjawab ringkas.Wani: thanks & sorry too. saya terima,Alhamdulillah Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga. Wani: wassalam. Signed out. Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya.Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi,Astaghfirullah.. Syukur pada Mu yaAllah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu."Sayang Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah. 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewakami Nurul dan Amin."Ya bang, Wani turun"Alhamdulillah Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'BeliaNegara2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta. Sekian,Wassalam."Ya Allah,Jauhilah kami dari perkara yang melalaikan serta perkara yang tidak memberi faedah kepada kami .Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ameen "

Iktibar untuk Bangsaku yang sombong



Khalifah Umar Al-Khattab terkenal dengan keadilan dan mendaamnya rasa peri kemanusiaannya. Suatu hari ketika beliau berjalan-jalan di pasar untuk melihat keadaan rakyatnya, beliau bertembung dengan seorang yahudi tua yang bongkok, orang tua itu berjalan dengat tongkatnya dan kelihatan sukar untuk mengatur langkah. Orang tua itu menadah tangannya sambil meminta sedekah.
Melihat keadaan itu, Saidina Umar pun seraya bertanya, “mengapa sampai begini pekerjaanmu wahai orang tua?” dijawab orang tua itu,”saya mengumpul wang untuk membayar jizyah tuan.”
Mendengar perkataan orang tua itu, Umar agung pun lantas berkata, “Tidak, mulai hari ini engkau mestilah berhenti daripada meminta-minta. Lalu beliau menoleh kearah pengiringnya, seraya berkata, “Hari mudanya telah digunakan segala tenaga untuk memikul segala tanggungjawab, setelah tua kita biarkan sahaja, ini tidak adil. Mulai hari ini, potong namanya dari senarai orang wajib membayar jizyah dan masukkan namanya kedalam daftar orang tua yang layak meneri bantuan dari Baitul Mal setiap bulan.”

Apakah kalian biasa mendengar kisah diatas. Kisah ini saya coretkan untuk tatapan mereka yang bukan Islam dan mereka yang selalu menuduh kerajaan Islam yang dicanang tidak mampu menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama. Sedang orang itu lupa, merekalah yang selalu membangkitkat isu perkauman dan agama. Apakah kalian berfikir, jika dulu Nabi kita berfikir hanya untuk bangsanya, kita hari ini tidak akan lahir sebagai Islam.
Sedarlah wahai bangsaku, hari ini orang bukan Islam pun sudah memandang akan kebenaran Al-quran dan Islam. Ketua menteri Pulau Pinang YAB. Lim Guan Eng pernah berkata dihadapan Pegawai-pegawai kerajaan negeri yang berbangsa melayu,beragama Islam. Katanya ”Tuan-tuan, tolong ajarkan saya bagaimana hendak jadi pemimpin seperti Umar Al-khattab.” Lihatlah wahai bangsaku yang sombong, orang sudah mula mlihat kepada Islam. Beliau bukan sekadar menyebut, malah menceritakan kisah Saidina Umar yang memikul tepung dengan bahunya sendiri untuk seorang ibu tunggal yang tiada makanan. Beliau menceritakan kisah itu dihadapan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang beragama Islam yang mungkin tidak pernah dengar akan kisah itu atau lebih malang lagi jika ada diantara mereka yang tidak tahu siapa Umar yang dimaksudkan oleh yang amat berhormat.
Pemimpin yang kita mahu hari ini,jika buakan dari kalangan umat Islam yang mampu menjalankan syariat Islam pun, biarlah dianya adalah pemimpin seperti Raja Najasyi yang memberi perlindungan kepada umat Islam ketika hijrah pertama dan kedua umat Islam ke Habsyah. Asalkan tampuk kepimpinan ini tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak mahu dan tidak suka kepada syariat Islam ini. Raja Najasyi walaupun pada waktu itu seorang Kristian, tetapi baginda tetap memberikan perlindungan kepada umat Islam yang behijrah kenegara baginda. Ketika mana baginda dikunjungi oleh Amru Al-Asr, baginda disuap dengan hadiah dari barangan terbaik yang didatangkan khusus untuk baginda dari Mekah, dengan harapan dia dapat membawa balik umat Islam yang berhijrah kesitu. Namun apa yang dilakukan oleh Raja yang adil itu bukanlah terus menerima bulat-bulat kata-kata Amru. Baginda meminta agar dipanggil wakil orang Islam untuk berhujah dihadapan baginda tentang perkara yang dibawanya. Raja yang adil ini akhirnya menolak permintaan Amru walaupun dia bakal kehilangan segala habuan yang dibawa untuknya.
Wahai bangsaku, jika hari ini kalian tidak bersama-sama kami dalam perjuangan ini, janganlah pula kalian menjadi penghalang untuk kami mencapai matlamat tertinggi kami. Sedarlah, hari ini kami telahpun diberi kemenangan oleh Allah, dan Allah juga telah menjanjikan kemenangan kami dimasa akan datang, samaada dalam bentuk kemulian didunia atau kemulian di akhirat. Adakah kalian yang menentang perjuangan kami hari ini mendapat janji seperti mana kami?

Kita telah berada di landasan yang betul

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinankan kamu”

Pernahkan kalian mendengar tentang satu kerajaan yang dipanggil ROME? Pernahkan kalian dengar cerita disebalik keagungan kerajaan itu. Lahir dari beberapa kerajaan seperti Sparta dan Troy. Diterajui oleh pemimpin agung seperti Achilles,Hector dan Hercules. Wujud juga pada zaman itu satu lagi kerajaan agung yang dipanggil Parsi. Rome dan Parsi, masing-masing pernah mencapai zaman keemasan mereka. Rome dan Parsi, masing-masing saling tawan-menawan.
Rome dan Parsi mempunyai pemimpin yang hebat bukan? Pemimpin yang telah berjaya memertabatkan kerajaan mereka,meluaskan empayar mereka, hingga mereka dikenali hingga hari ini. Namun apa yang mungkin kalian tidak tahu , Rome dan Parsi akhirnya tumbang kepada kerajaan yang muncul ditengah-tengah padang pasir. Kerajaan yang dibina oleh seorang anak yatim piatu miskin yang bernama Muhammad. Kerajaan disebelah timur dan barat tunduk kepada bangsa Arab kerana mereka memuliakan Islam. Hercules tumbang dikaki Khalid ibn Walid.
Seperti kerajaan yang lain, Kerajaan Islam juga mencapai zaman kemasannya. Ketika zaman Umar Al-Khattab, Kerjaan Islam berjaya menawan 2/3 dunia. Selepas Alexender The Great tiada satu kerajaan pun yang mampu menawan 2/3 dunia. Tetapi Umar, Umar seorang insan yang seringkali duduk dibawah pohon tamar,beralaskan tanah,berjubah singkat yang bertampal-tampal, mampu mengulangi kejaan Alexender The Great. Namun Umar tidak ada Istana seperti Alexender. Dia tidak ada mahligai bernilai 200 juta. Dia hanya ada sebuah rumah yang layak dipanggil pondok buruk. Duit kerajaan diagihkan kepada rakyat hingga pada zaman itu tiada seorang pun yang layak menerima zakat.
Pemimpin beginilah yang kita cari selama ini. Menteri besar yang sanggup mengetepikan aluan RM 45 000 nya untuk rakyat, Perdana Menteri yang sanggup menggadaikan mahligainya untuk rakyat yang tinggal di reban ayam. Pemimpin begilah yang kita dambakan selama ini.
Ya, kita sudah berada dilandasan yang betul. Kita sudah berada didalam keretapi yang betul, kita juga telah mempunyai destinasi yang betul, kita juga sudah berada dikalangan penumpang yang betul. Namun kita masih lagi mencari pemandu yang benar-benar arif,yang benar-benar berkalibur agar kita tidak tergelincir keluar dari landasan kita. Kita bukannya mahu Perdana Menteri dan jemaah menteri sedia ada melepaskan jawatan mereka. Kita juga tidak perlukan bulan untuk menyuluh kegelapan malam. Apa yang kita perlukan adalah Perdana Menteri kita hari ini mengubah cara kepimpinan yang berorientasikan barat kepada corak kepimpina Umar Al-Khattab. Apa yang kita perlukan ialah iman 313 orang tentera Badar menjadi panduan jemaah menteri kita hari ini.
Diakhirat kelak manusia akan dibahagikan kepada 73 barisan. 72 barisan akan keneraka. Hanya satu barisan yang akan kesyurga. Adakah Barisan Nasional itu barisan yang satu tu? Atau salah satu dari 72 barisan yang akan keneraka. Fikir-fikirkanlah.

layar keinsafan buatku

Pernah seketika dulu saya rasa sayatak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua taksuka..Saya nak 'join', kawan kata sayamenyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegurmereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada oranggelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua katasaya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepadawanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah adayang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malamboleh habis 10 ringgit..Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorangpelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untukber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yangpaling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalucall saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadangsaya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukanmasa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri inidihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandangsaya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,sayabanyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrahmanusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?Sejak dari saat itu saya mula rapatkandiri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan Quran, sebab naktadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satuuntuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut denganperubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nakbrenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yangsalah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macamlagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlakumaksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuksebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukanmasa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekalsampai ke gerbang perkahwinan..Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwahitu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orangtentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan olehAllah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazabmerekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepadaTuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".Lepas tu saya mulalah beri tazkirahpada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orangbuat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, olehsebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang diabagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasanuntuk 'membenarkan' pendapat kita..Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin studydengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quranseorang diri..saya terjumpa ayat ini..Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyakkekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masihdilakukan..Macam mana ya?"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlahkamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)Tiba-tiba saya terfikir satu keritikankawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gayaalim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ketidak?Adakah selama ini saya hanyamenganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bilamak dan ayahtahu saya selalu berhubung denganperempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikutisatu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahamansaya mengenai dakwah akan lebihmantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalambas..sempat lagi pesan-pesan supaya janganlupa baca Al-Quran hari ini, solatawal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."******Majlis malam itu berakhir dengan sesita'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untukaktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan programsampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untukbertanya dengan fasilitator yang adadi situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuktanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habistu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya jela. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri 'Brother'fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belekterjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanyasikitboleh?""Em,boleh..duduklah. Nta nak tanyaapa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibatdengan dakwah ni, saya ada kenalseorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanlasetakat kawan biasa..rapat gak la.Bukan rapat biasa,tapi rapatla..""Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple.Nanti apa pula brother tu kate..mestidia marah nnt. Saya pun angguk. Lepastu saya tanya.."Sebenarnya..couple ni boleh ke takbang?""Akhi, memang fitrah manusia, lelakiakan tertarik kepada perempuan, begitujuga perempuan akan tertarik kepadalelaki. Tapi dalam Islam, perasaan ituperlu dikawal dan ada batasnya.Pergaulan perlu dijaga. Allah firmandalam surah Al-Isra', surah ke 17,dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatuperbuatan yang keji dan suatu jalanyang buruk.""Tapi bang,saya tak nampak pun yangkami ni menghampiri zina. Niat kamibaik. Saya dah cuba sedaya upayamengawal perhubungan kami. Sms puntakdelah jiwang-jiwang, selalu bagitazkirah lagi. Kami selang-selangbagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat nta baik. Tapiingat, niat tak pernah menghalalkancara. Yang batil tetap sahaja batil,yang haq tetap haq. Cuba tengok ayatni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia,dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dansungguh telah nyata bagi kamu(kehancuran mereka) dari (puing-puing)tempat tinggal mereka. Dan setanmenjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu iamenghalangi mereka dari jalan (Allah),sedangkan mereka adalah orang-orangyang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)"Akhi, kalau nta paham ayat ni,sebenarnya apa yang berlaku pada ntaialah, setan telah buat nta pandangindah benda buruk yang nta lakukan.Walaupun nta berpandangan tajam,maksudnya nta berilmu tinggi. Memangpada mulanya niat nta baik, tapiingat, syaitan itu sangat licik. Diaakan sedaya upaya buat nta terjerumuske dalam kemaksiatan. Lagipun,takkanlah sepanjang masa nta smsdengan dia, nta ingat Allah. Mesti adamasanya nta hanya melayan perasaandengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu sayakata, "Tapi bang, saya dah janjidengan dia taknak jumpa lg. Sebab sayatahu kalau berjumpa nanti banyakbahayanya. Dan dia pun setuju. Kamisama-sama menjaga diri. Takkanlah iaboleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, nta dah janji taknak jumpadengan dia lagi. Nta dah dapatelakkan zina mata, zina tangan, zinakaki. kalau nta janji taknak call diepula, nta dapat elak zina telinga danzina lidah. Tapi akh..masih ada zinayang tetap nta tak dapat elak apabilabercouple..""Zina hati?" Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yangRasulullah jelaskan dalam hadithnyatentang bagaimana menghampiri zina tu.Nta boleh 'check' dalam RiyadahusSolihin, bawah bab larangan melihatwanita. Rasulullah bersabda, mataboleh berzina dgn melihat, lidah bolehberzina dengan bercakap, tangan bolehberzina dengan berpegangan. Kaki bolehberzina dengan berjalan ke arah tempatmaksiat. Hati pula boleh berzina dgnmerindui, mengingati dan membayangi sidia. Hakikatnye, macam mana pun ntabuat, nta tetap tak dapat laridaripada zina hati."Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nakdikata. Semua yang brother tu katatiada yang salahnya. Kemudian diasambung.."Ana dulu pun couple gak. Lagi lamadaripada nta. Sejak sekolah sampai dahmasuk U, dekat nak gred. Tapi bila anasedar apa yang ana buat ni salah, anatrus tinggalkan. Ana siap dah fikir,dialah bakal isteri ana, yang akanjadi ibu kepada anak-anak ana. Kalaunak diikutkan lagi besar masalah anadaripada nta.""Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu mintatolong mereka untuk rapat dengan dia.Mesti nanti mereka semua tak puas hatidengan saya. Dan dia sendiri pula,saya takut apa-apa akan jadi pada diakalau dia tak dapat terima keputusanni. Sebab kami dah rapat sgt."Masa tu saya dah mula sebak. Malubetul. Menangis depan brother tucerita pasal benda ni. Nasib baik takada org lain masa tu. Brother tu jwb.."Kalau kawan-kawan dia tak puas hatipun, mereka boleh buat apa? Palingteruk pun, mereka akan mengata dibelakang nta. Nta tak kurang sikitpun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kitanak cari redha Allah, biarlah orangnak kata apa-apa sekali pun, yangpenting redha Allah. Kalau Allah takredha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya trdiam lagi."Pasal die pula, cube nta fikir darisudut positif, mungkin dia akan terimakeputusan nta scara matang. Mungkindia juga akan buat keputusan untuktidak lagi bercouple. Ana yakin, dietakkan buat apa-apa perkara bodoh.Kalau die buat sekalipun, itu bukantagguungjawab nta, apa yang nta nakbuat tu betul, meninggalkan maksiat.Semua orang akan tanggung balasan atasperbuatannya sndiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masaitu saya menangis, saya dah sdar yangsaya kena berhenti couple. Dah jelassekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia.Ana terangkan pada dia hubungan yangdibina itu salah. Minta maaf, kitaberakhir di sini. Tolong jangan carisaya lagi. Lepas itu ana terus tukarnombor. Ana tak hubungi dia langsunglepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dialagi ke? Tapi bang, saya ade jugakawan perempuan lain, boleh pula sayahubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Nta dah pernahada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalaunanti ditaqdirkan nta satu universitidengan dia, satu kuliah, lepas tu kenapula buat group discussion, masa tunta hanya layan dia hanya sebagaigroup discussion partner."Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam nigak ke? Sekarang gak? Takkanlah awalsangat?"Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan labang. Boleh tak saya tunggu sampaisaya ada kekuatan, baru saya tiggalkanbenda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu diajawab.."Akh, nta kena ingat. Kekuatan itutidak boleh ditunggu, tapi ia perludibina. Allah tidak akan mengubahkeadaan sesuatu kaum sehingga kaum itumengubah keadaannya sendiri. Nta bolehrujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bilabaru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yangpernah couple, bila masuk dakwah,mereka tiggalkan."Alamak...tak boleh lari lagilahnampaknye..saya rasa macam brother nipaksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknyasaya kena tiggalkanla benda ni gak ye.Macam tak larat rasanya nak tekanbutton handphone ni. Rasa tak sanggup.""Kalau tak sanggup mari ana tolongtekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taipsendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu.Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa akutangguh-tangguh lagi. Takut nantihidayah ni Allah tarik, susah pula naktinggalkan. Kan aku selalu doa supayadijauhkan dari maksiat..jadi rasanya,inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum..Sebenarnya selamaini hubungan kita salah di sisi Islam.Saya ingat dengan mengubah carapergaulan kita, ia dah dibolehkan,tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Sayaharap awak akan istiqamah meneruskanperubahan yang awak dah buat, keranaAllah. Saya minta maaf atas segalayang dah berlaku. Kalau ada jodohinsya-Allah, akan bertemu juga.Assalamualaikum.."Berat betul nak hantar sms tu kat awk.Saya masih tak mampu nak ucap selamattiggal. Sebab tu dalam sms tu sayahanya akhirkan dengan ucapan salam.Lepas beberapa ketika..saya tekan jugabutton [send].Lepas tu tertera di skrin..[SENDING..][MESSAGE SENT]Masa tu saya rasa macam separuh hidupsaya dah hilang. Macam takpercaya..saya dah hantar 1 sms, danclash dengan awak.."Terima kasih bang..""Takpe, dah tanggungjawab.."Malam tu saya saya tidur denganlinangan air mata..tak sangka..mmg takdisangka..Saya memang tak pernahterfikir untuk clash, tapi itulah yangterbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayatAllah..surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatuyang kamu benci. Boleh jadi kamumembenci sesuatu, padahal ia amat baikbagimu, dan boleh jadi (pula) kamumenyukai sesuatu, padahal ia amatburuk bagimu; Allah mengetahui, sedangkamu tidak mengetahui.*******Masa terus berlalu.. Saya terussibukkan diri dengan kerja-kerja lain.Dalam usaha nak lupekan awk, bukansenang,tapi saya terus cuba. Sayaselalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkanpada orang, couple haram, tunjuksegala dalil.. Macam-macam yangberlaku..ada kritikan..ade gk ygstuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat smsdaripada awak..awak bagi gambarbunga..bawah tu ada ayat.."Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakansaya. Saya pun fikir.."Kena tegaskanrasanya". Lepas tu saya hantarlah smsni. Dan rasanya itulah yg terakhir.."Tiada yang lebih indah daripadamendapat keredahaan ilahi..seindahmanapun gubahan pertama tu, selagi takmendapat keredahaanNya, tetap tiadagunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu sayacakap, kalau ada jodoh, insya-Allahakan bertemu juga. Tapi saya taknakawak tunggu. Lupakan saya. Biar Allahyang menentukan..Lagi satu,Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "[SEND][SENDING..][MESSAGE SENT]Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yangterbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya.

Tuesday, April 15, 2008

Jentayu tidak terbang-terbang lagi

Mengimbau kenangan silam memang memedihkan. Entah. Tidak diketahui sejauh mana kebenarannya. Kadangkala aku berfikir sendirian. Menanti hari-hari yang mendatang. Adakah masih ada lagi harapan buatku? Atau sekadar menanti kasih di pinggiran? Aku tidak mahu berada di persimpangan dilemma. Hanya hati dan perasaan yang mengerti. Namun tidak semua. Kalaulah yang diharapkan betul-betul menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Tetapi, takdir tidak akan senentiasa menyebelahi kita. Kita bukannya nabi. Kita tidak maasum. Manusia biasa. Manusia yang dilahirkan sebagai khalifah di dunia ini.
“Abang, buat apa tu? Marilah makan,” suraya menyapaku. “yalah, sekejap lagi abang dating,” balasku ringkas. Aku mengambil alat kawalan tv, lalu aku tutup siaran ketika itu. Entah mengapa, setiap rancangan malam ini membosankan. “kenapa ni bang? Ada problem kat sekolah ke.?’ Tanya suraya. Aku menggeleng , walaupun hakikatnya aku ada masaalah yang tidak kutahu pada siapakah insan yang boleh berkongsi masaalah denganku. Soalan yang tidak dapat kujawab daripada seorang pelajar. “cikgu, kenapa ada anak yang tidak ingat jasa orang tua. Tengoklah, selamba aje diorang letak mak ayah dekat rumah orang tua-tua.”
Masihku ingat kata-kata itu. Pada pandanganku, seorang gadis belasan tahun sepertunya, mampu memberikan jawapan sendiri. Tetapi, hatta saatku hendak keluarpun, dia masih mengingatku soalan tersebut. Ah, rungsingnya aku. Aku teringat kedua ibubapaku.
Kasih saying yang meruka curahkan aku anggap seperti sipetani menabur baja pada tanaman. Apabila tanaman subur, dipetik, jasa baja tidak pernah dikenang. Aku akur dngan takdir walaupun pada hakikatnya aku hanut dibawa arus. Arus kehidupan yang entah bila akan surut.
Aku terus menanti , walaupun aku sedar, mustahil pokok yang telah dicabut akan akan tumbuh semula. Kalau patah boleh tumbuh, kala hilang boleh diganti. Kalau hilang buat selama-lamanya….? Jentayu pun tidak mampu melakukan apa-apa.
“siapakah engkau?” terdengar satu suara. “mohsin,” jawabku ringkas. “kenapa engkau tidak ingat pesan bapa dan ibumu?” tanyanya lagi. “mana ada!” balasku, seraya badanku terasa hilang tempat pergantungan,
Disebat oleh sesuatu yang tidak kutahu. Perit, pedih. “kenapa kau tidak ikut kata-kata mereka? Kenapa engkau tidak ingat segal jasa mereka? Tidakkah engkau tahu ibumu bertarung nyawa melahirkan kamu? Kenapa engkau lupa semua itu?” tegas suara itu. Aku terkesima. Tepatri disitu. Aku pelik, runsing… “Ahhh….!” Aku menjerit.
“Bang, oh bang! Kenapa ni?” sergah suraya, isteriku. Aku bangun. Astaghfirullah, aku bermimpi. Mimpi yang mengingat aku tentang kasih. Tentang pengorbanan, dan tentang kehidupan. Aku termenung. “tak apalah, su tidurlah dulu. Abang tak ada apa-apa,” pujukku. Suraya kembali tidur. Aku belay rambutnya. Mungkin sudah lena. Tidurlah saying, moga diulit mimpi indah. Hanya itu yang ku harapkan. Aku tidak dapat melelapkan mata. Entah mengapa, aku rasa ada sesuatu yang tidak kene dengan kehidupanku. Mungkin atas kesilapan yang lalu. Kesilapan yang membuatkan setiap insan terseksa, langkah kehidupan bagaikan tidak bermakna lagi. Setiap hari, hanya menanti saat dimaafkan. Namun, suara siapakah yang bakal kudengar perkataan “……maafkan….”
Adakah esok masih ada bagiku? Adakah rembulan akan bersinar untukku? Adakah mentari akan bercahaya untukku. Itulah antara harapanku. Biarlah. Biarlah segala lipatan sejarah silam tidak berulang lagi. Tidak . tidak aku tegar membuka lipatan sejarah itu.
“…maka janganlah kamu katakana ‘oh’ kepada keduanya….”
Ayat al-quran ini mengingat aku kepada peristiwa, kisah dan cerita yang sungguh memilukan. Bukan sahaja ‘oh’, herdikan, hinaan, cacian telah aku lemparkan kepada ibu dan ayahku. Aku tidak kenang jasa mereka. Aku anak derhaka. Masihku ingat betapa peritnya ayah berjalan, berpanas, berhujan dan bermandi peluh semata-mata untuk menyuapkan sesuap nasi kemulut kami. Masihku ingat ,betapa peritnya ibu memasak, memotong kayu dan meniup bara, smata-mata untuk menyuapkan nasi kemulut kami. “emak,ayah maafkan Sin.” Aku bermonolog. Adakah aku sudah terlambat? Adakah nasi sudah jadi. Adakah pokok yang berbuah akan berbunga lagi?
“jangan mudah berputus asa Mohsin. Allah itu maha pengampun. Kita serahkanlah pada Allah.” “tapi ustaz, mak dan ayah saya sudah tiada . tangan siapa yang hendak saya salam? Pipi siapa yang hendak saya kucup? Kepada siapa yang hendak mohon maaf?” balasku. Aku masih ingat perbualanku dengan Ustaz Razak, guru agama di kawasanku tempoh hari. Ustaz razak banyak membantuku. Membatuku mencari keredhaan tuhan. Akan aku tutup sejarah silam, sejarah tidak mungkin berulang lagi. Biarlah hanya aku yang tahu betapa peritnya balasan derhaka. Biarlah hanya aku yang terseksa akibat tidak mengenang jasa biarlah anak-anakku lahir sebagai perwira dan serikandi berjasa dan mengenang jasa. Acapkali aku berdoa.
Sejadah telah terhampar. Malam ini menjadi saksi. Tanganku kuangkat menghadap Ilahi. “Ya Allah, hanya kepada Engkaulah aku memohon keampunan. Aku sedar kini. Betapa besarnya kesalahan yang telah aku lakukan. Aku akui, kasih dan saying kedua orang tuaku tidak pernah aku balas. Dan pagi hari ini, sekali lagi hambaMu ini memohon keampunan. Ya, Allah, ampunkanlah dosaku. Aku memohon kepadaMU. Amin.” Hanya air mata saja yang kusertakan sebagai mahar. Seraya aku bersujud emmohon keredhaanNya kerana kutahu hak aku untuk meminta maaf tapi bukan hak aku untuk dimaafkan.

"Selangkah kealam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan.
Biarlah menangis,terluka,kecewa dan ditinggalkan kerana Allah daripada mati ditimbus tanpa mujahadah. kita tak sanggup selamanya terluke, tapi ingatlah, setiap titisan darah dari luka dan air mata itu adalah mahar kita kesyurga. Bila ditanya mengapa perjuangan itu pahit? katakanlah kerana syurga itu manis......"