Thursday, April 17, 2008

layar keinsafan buatku

Pernah seketika dulu saya rasa sayatak berguna..Masa dalam kelas kawan-kawan semua taksuka..Saya nak 'join', kawan kata sayamenyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegurmereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawakkononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada oranggelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua katasaya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepadawanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah adayang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malamboleh habis 10 ringgit..Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorangpelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untukber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yangpaling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalucall saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadangsaya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukanmasa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri inidihargai..Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandangsaya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,sayabanyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrahmanusia..menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?Sejak dari saat itu saya mula rapatkandiri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah..Saya beli terjemahan Quran, sebab naktadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satuuntuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..Mula-mula awak terkejut denganperubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nakbrenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yangsalah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macamlagi..Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlakumaksiat..cuma sms dan call je..Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuksebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukanmasa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekalsampai ke gerbang perkahwinan..Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwahitu wajib..Kita kena menyampaikan kepada orangtentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan olehAllah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazabmerekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepadaTuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".Lepas tu saya mulalah beri tazkirahpada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orangbuat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, olehsebab saya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang diabagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasanuntuk 'membenarkan' pendapat kita..Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin studydengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quranseorang diri..saya terjumpa ayat ini..Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyakkekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masihdilakukan..Macam mana ya?"Lepas tu terjumpa pula ayat ini..Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlahkamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)Tiba-tiba saya terfikir satu keritikankawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gayaalim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ketidak?Adakah selama ini saya hanyamenganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bilamak dan ayahtahu saya selalu berhubung denganperempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?Macam-macam yang saya fikir..Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikutisatu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahamansaya mengenai dakwah akan lebihmantap..Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalambas..sempat lagi pesan-pesan supaya janganlupa baca Al-Quran hari ini, solatawal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."******Majlis malam itu berakhir dengan sesita'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untukaktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan programsampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untukbertanya dengan fasilitator yang adadi situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuktanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habistu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya jela. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri 'Brother'fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belekterjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanyasikitboleh?""Em,boleh..duduklah. Nta nak tanyaapa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibatdengan dakwah ni, saya ada kenalseorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanlasetakat kawan biasa..rapat gak la.Bukan rapat biasa,tapi rapatla..""Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple.Nanti apa pula brother tu kate..mestidia marah nnt. Saya pun angguk. Lepastu saya tanya.."Sebenarnya..couple ni boleh ke takbang?""Akhi, memang fitrah manusia, lelakiakan tertarik kepada perempuan, begitujuga perempuan akan tertarik kepadalelaki. Tapi dalam Islam, perasaan ituperlu dikawal dan ada batasnya.Pergaulan perlu dijaga. Allah firmandalam surah Al-Isra', surah ke 17,dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatuperbuatan yang keji dan suatu jalanyang buruk.""Tapi bang,saya tak nampak pun yangkami ni menghampiri zina. Niat kamibaik. Saya dah cuba sedaya upayamengawal perhubungan kami. Sms puntakdelah jiwang-jiwang, selalu bagitazkirah lagi. Kami selang-selangbagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat nta baik. Tapiingat, niat tak pernah menghalalkancara. Yang batil tetap sahaja batil,yang haq tetap haq. Cuba tengok ayatni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia,dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dansungguh telah nyata bagi kamu(kehancuran mereka) dari (puing-puing)tempat tinggal mereka. Dan setanmenjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu iamenghalangi mereka dari jalan (Allah),sedangkan mereka adalah orang-orangyang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)"Akhi, kalau nta paham ayat ni,sebenarnya apa yang berlaku pada ntaialah, setan telah buat nta pandangindah benda buruk yang nta lakukan.Walaupun nta berpandangan tajam,maksudnya nta berilmu tinggi. Memangpada mulanya niat nta baik, tapiingat, syaitan itu sangat licik. Diaakan sedaya upaya buat nta terjerumuske dalam kemaksiatan. Lagipun,takkanlah sepanjang masa nta smsdengan dia, nta ingat Allah. Mesti adamasanya nta hanya melayan perasaandengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu sayakata, "Tapi bang, saya dah janjidengan dia taknak jumpa lg. Sebab sayatahu kalau berjumpa nanti banyakbahayanya. Dan dia pun setuju. Kamisama-sama menjaga diri. Takkanlah iaboleh membawa kepada zina juga bang?""Em, betul, nta dah janji taknak jumpadengan dia lagi. Nta dah dapatelakkan zina mata, zina tangan, zinakaki. kalau nta janji taknak call diepula, nta dapat elak zina telinga danzina lidah. Tapi akh..masih ada zinayang tetap nta tak dapat elak apabilabercouple..""Zina hati?" Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yangRasulullah jelaskan dalam hadithnyatentang bagaimana menghampiri zina tu.Nta boleh 'check' dalam RiyadahusSolihin, bawah bab larangan melihatwanita. Rasulullah bersabda, mataboleh berzina dgn melihat, lidah bolehberzina dengan bercakap, tangan bolehberzina dengan berpegangan. Kaki bolehberzina dengan berjalan ke arah tempatmaksiat. Hati pula boleh berzina dgnmerindui, mengingati dan membayangi sidia. Hakikatnye, macam mana pun ntabuat, nta tetap tak dapat laridaripada zina hati."Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nakdikata. Semua yang brother tu katatiada yang salahnya. Kemudian diasambung.."Ana dulu pun couple gak. Lagi lamadaripada nta. Sejak sekolah sampai dahmasuk U, dekat nak gred. Tapi bila anasedar apa yang ana buat ni salah, anatrus tinggalkan. Ana siap dah fikir,dialah bakal isteri ana, yang akanjadi ibu kepada anak-anak ana. Kalaunak diikutkan lagi besar masalah anadaripada nta.""Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu mintatolong mereka untuk rapat dengan dia.Mesti nanti mereka semua tak puas hatidengan saya. Dan dia sendiri pula,saya takut apa-apa akan jadi pada diakalau dia tak dapat terima keputusanni. Sebab kami dah rapat sgt."Masa tu saya dah mula sebak. Malubetul. Menangis depan brother tucerita pasal benda ni. Nasib baik takada org lain masa tu. Brother tu jwb.."Kalau kawan-kawan dia tak puas hatipun, mereka boleh buat apa? Palingteruk pun, mereka akan mengata dibelakang nta. Nta tak kurang sikitpun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kitanak cari redha Allah, biarlah orangnak kata apa-apa sekali pun, yangpenting redha Allah. Kalau Allah takredha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya trdiam lagi."Pasal die pula, cube nta fikir darisudut positif, mungkin dia akan terimakeputusan nta scara matang. Mungkindia juga akan buat keputusan untuktidak lagi bercouple. Ana yakin, dietakkan buat apa-apa perkara bodoh.Kalau die buat sekalipun, itu bukantagguungjawab nta, apa yang nta nakbuat tu betul, meninggalkan maksiat.Semua orang akan tanggung balasan atasperbuatannya sndiri."Saya dah tak dapat tahan lagi. Masaitu saya menangis, saya dah sdar yangsaya kena berhenti couple. Dah jelassekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia.Ana terangkan pada dia hubungan yangdibina itu salah. Minta maaf, kitaberakhir di sini. Tolong jangan carisaya lagi. Lepas itu ana terus tukarnombor. Ana tak hubungi dia langsunglepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dialagi ke? Tapi bang, saya ade jugakawan perempuan lain, boleh pula sayahubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Nta dah pernahada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalaunanti ditaqdirkan nta satu universitidengan dia, satu kuliah, lepas tu kenapula buat group discussion, masa tunta hanya layan dia hanya sebagaigroup discussion partner."Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam nigak ke? Sekarang gak? Takkanlah awalsangat?"Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan labang. Boleh tak saya tunggu sampaisaya ada kekuatan, baru saya tiggalkanbenda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu diajawab.."Akh, nta kena ingat. Kekuatan itutidak boleh ditunggu, tapi ia perludibina. Allah tidak akan mengubahkeadaan sesuatu kaum sehingga kaum itumengubah keadaannya sendiri. Nta bolehrujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bilabaru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yangpernah couple, bila masuk dakwah,mereka tiggalkan."Alamak...tak boleh lari lagilahnampaknye..saya rasa macam brother nipaksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknyasaya kena tiggalkanla benda ni gak ye.Macam tak larat rasanya nak tekanbutton handphone ni. Rasa tak sanggup.""Kalau tak sanggup mari ana tolongtekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taipsendiri."Teragak-agak saya nak taip masa tu.Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa akutangguh-tangguh lagi. Takut nantihidayah ni Allah tarik, susah pula naktinggalkan. Kan aku selalu doa supayadijauhkan dari maksiat..jadi rasanya,inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum..Sebenarnya selamaini hubungan kita salah di sisi Islam.Saya ingat dengan mengubah carapergaulan kita, ia dah dibolehkan,tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Sayaharap awak akan istiqamah meneruskanperubahan yang awak dah buat, keranaAllah. Saya minta maaf atas segalayang dah berlaku. Kalau ada jodohinsya-Allah, akan bertemu juga.Assalamualaikum.."Berat betul nak hantar sms tu kat awk.Saya masih tak mampu nak ucap selamattiggal. Sebab tu dalam sms tu sayahanya akhirkan dengan ucapan salam.Lepas beberapa ketika..saya tekan jugabutton [send].Lepas tu tertera di skrin..[SENDING..][MESSAGE SENT]Masa tu saya rasa macam separuh hidupsaya dah hilang. Macam takpercaya..saya dah hantar 1 sms, danclash dengan awak.."Terima kasih bang..""Takpe, dah tanggungjawab.."Malam tu saya saya tidur denganlinangan air mata..tak sangka..mmg takdisangka..Saya memang tak pernahterfikir untuk clash, tapi itulah yangterbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayatAllah..surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatuyang kamu benci. Boleh jadi kamumembenci sesuatu, padahal ia amat baikbagimu, dan boleh jadi (pula) kamumenyukai sesuatu, padahal ia amatburuk bagimu; Allah mengetahui, sedangkamu tidak mengetahui.*******Masa terus berlalu.. Saya terussibukkan diri dengan kerja-kerja lain.Dalam usaha nak lupekan awk, bukansenang,tapi saya terus cuba. Sayaselalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkanpada orang, couple haram, tunjuksegala dalil.. Macam-macam yangberlaku..ada kritikan..ade gk ygstuju..tapi tak kisahlah semua tu..Tiba-tiba satu pagi ni, dapat smsdaripada awak..awak bagi gambarbunga..bawah tu ada ayat.."Seindah gubahan pertama.."Saya rasa awak masih tak dapat lupakansaya. Saya pun fikir.."Kena tegaskanrasanya". Lepas tu saya hantarlah smsni. Dan rasanya itulah yg terakhir.."Tiada yang lebih indah daripadamendapat keredahaan ilahi..seindahmanapun gubahan pertama tu, selagi takmendapat keredahaanNya, tetap tiadagunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu sayacakap, kalau ada jodoh, insya-Allahakan bertemu juga. Tapi saya taknakawak tunggu. Lupakan saya. Biar Allahyang menentukan..Lagi satu,Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "[SEND][SENDING..][MESSAGE SENT]Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.Saya yakin, Allah akan sediakan yangterbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..Takkan..buat selama-lamanya.

4 comments:

Anonymous said...

salam!
ak manusia pertama commnet ker..?
hohoho..
ak ske article ie..best2!
hahaha..
keep it up..!

Anonymous said...

eh..ni hg ambik mane nie??..ak dh lame bace dh nie..mane hg dpt??

Amir Hakimi said...

wah...
terharu aku bace..
keep writing..

Anonymous said...

nk tao weh.
mne ko dpt cte ni?
hehe.