Thursday, April 17, 2008

Kita telah berada di landasan yang betul

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinankan kamu”

Pernahkan kalian mendengar tentang satu kerajaan yang dipanggil ROME? Pernahkan kalian dengar cerita disebalik keagungan kerajaan itu. Lahir dari beberapa kerajaan seperti Sparta dan Troy. Diterajui oleh pemimpin agung seperti Achilles,Hector dan Hercules. Wujud juga pada zaman itu satu lagi kerajaan agung yang dipanggil Parsi. Rome dan Parsi, masing-masing pernah mencapai zaman keemasan mereka. Rome dan Parsi, masing-masing saling tawan-menawan.
Rome dan Parsi mempunyai pemimpin yang hebat bukan? Pemimpin yang telah berjaya memertabatkan kerajaan mereka,meluaskan empayar mereka, hingga mereka dikenali hingga hari ini. Namun apa yang mungkin kalian tidak tahu , Rome dan Parsi akhirnya tumbang kepada kerajaan yang muncul ditengah-tengah padang pasir. Kerajaan yang dibina oleh seorang anak yatim piatu miskin yang bernama Muhammad. Kerajaan disebelah timur dan barat tunduk kepada bangsa Arab kerana mereka memuliakan Islam. Hercules tumbang dikaki Khalid ibn Walid.
Seperti kerajaan yang lain, Kerajaan Islam juga mencapai zaman kemasannya. Ketika zaman Umar Al-Khattab, Kerjaan Islam berjaya menawan 2/3 dunia. Selepas Alexender The Great tiada satu kerajaan pun yang mampu menawan 2/3 dunia. Tetapi Umar, Umar seorang insan yang seringkali duduk dibawah pohon tamar,beralaskan tanah,berjubah singkat yang bertampal-tampal, mampu mengulangi kejaan Alexender The Great. Namun Umar tidak ada Istana seperti Alexender. Dia tidak ada mahligai bernilai 200 juta. Dia hanya ada sebuah rumah yang layak dipanggil pondok buruk. Duit kerajaan diagihkan kepada rakyat hingga pada zaman itu tiada seorang pun yang layak menerima zakat.
Pemimpin beginilah yang kita cari selama ini. Menteri besar yang sanggup mengetepikan aluan RM 45 000 nya untuk rakyat, Perdana Menteri yang sanggup menggadaikan mahligainya untuk rakyat yang tinggal di reban ayam. Pemimpin begilah yang kita dambakan selama ini.
Ya, kita sudah berada dilandasan yang betul. Kita sudah berada didalam keretapi yang betul, kita juga telah mempunyai destinasi yang betul, kita juga sudah berada dikalangan penumpang yang betul. Namun kita masih lagi mencari pemandu yang benar-benar arif,yang benar-benar berkalibur agar kita tidak tergelincir keluar dari landasan kita. Kita bukannya mahu Perdana Menteri dan jemaah menteri sedia ada melepaskan jawatan mereka. Kita juga tidak perlukan bulan untuk menyuluh kegelapan malam. Apa yang kita perlukan adalah Perdana Menteri kita hari ini mengubah cara kepimpinan yang berorientasikan barat kepada corak kepimpina Umar Al-Khattab. Apa yang kita perlukan ialah iman 313 orang tentera Badar menjadi panduan jemaah menteri kita hari ini.
Diakhirat kelak manusia akan dibahagikan kepada 73 barisan. 72 barisan akan keneraka. Hanya satu barisan yang akan kesyurga. Adakah Barisan Nasional itu barisan yang satu tu? Atau salah satu dari 72 barisan yang akan keneraka. Fikir-fikirkanlah.

No comments: