Monday, April 28, 2008

Perjalanan



Perjalananku terhenti lagi. Waktu ini keadaan masih gelap. Angin dan udara masing-masing sejuk . Dari tempat ku berdiri kedengaran suaran tangisan. Aku mengatur langkah menuju kearah tangisan itu. Tangisan itu jelas dihadapan sebuah rumah. Tuk! Tuk! Tuk! Aku mengetuk pintu.

“Siapa disana?” soalnya.
“Hamba Allah” jawabku.

Sejurus selepas itu diapun membuka pintu.

“Wahai subuh mengapa kamu menangis?” soalku apabila melihat mata subuh bengkak.
“Apakah aku tidak boleh menangis oleh kerana rumah tahajjud ini tidak lagi dikunjungngi.” Katanya seperti kekasih didalam penantian.”aku rindu pada Rasulullah,pada Abu Bakar,pada Umar,pada Al-Bukhari,pada Muslim,pada Solehuddin Al-Ayubi,pada As-syafie,pada Al-ghazali yang seringkali singgah dirumah ini.” Katanya lagi.

Sambil mendengar rintihannya aku melihat rumah tahajjud yang tersegam sepi itu.

“Apakah hasratmu kemari?” soal subuh.
“Aku datang membawa air mata taubat bersama buah-buahan zikrullah.” Subuh tersenyum seketika sebelum kembali muram.
“Kenapa kamu tidak membawa sahabatmu bersama?” soal subuh.
“Oh, mereka terlalu asyik mandi-manda di kolam mimpi indah hingga hanyut dibawa lena. Maafkan saya.”

Setelah menghantar air mata taubat dan buah-buahan zikrullah, aku bersiap-siap untuk meneruskan pengembaraanku. Subuh sudahpun di pembaringan ketika matahari mula hendak menampakkan cahayanya.

“Esok kamu datang lagikah?” Soalnya
“InsayaAllah.” Jawabku ringkas.
“Jangan lupa sahabatmu.” Pesannya.

Aku meneruskan perjalanan dikala subuh tertidur lena.


*** *** ***



Perjalanku terhenti lagi. Aku berdiri diatas pasir pantai sambil menatap laut yang tenang. Disebalik ketenangan itu, aku melihat laut sibuk bersiap entah untuk apa.

“Wahai laut !” jeritku memanggil ketua laut.
“Apakah hajat kamu ketika ini wahai hamba Allah?”
“Apakah pekerjaanmu yang terlalu sibuk ini?Lagaknya seperti ingin berperang.”
“Mengejutkan manusia.” Aku mengerutkan dahiku. “Dari kealpaan duniawi.”
“Maksudmu?” aku tidak mengerti.
“Aku diarahkan tuhan sekalian alam untuk membawa pulang hambanya dan mengejutkan sebahagian yang lain. Aku juga diarahkan untuk meninggalkan bukti kekuasaan Allah.
“Berapa ramaikah manusia yang dipanggil Allah?”
“Ramai wahai hamba Allah. Hinggakan Allah mengutuskan bahtera tsunami untuk mereka.”
“Apakah aku diantara mereka?”
“Maafkan aku, ini rahsia Allah.”

Aku tertunduk ketika itu. Bala tsunami akan melanda lagi. Beribu-ribu manusia akan menjadi korbannya nanti. Aku menitis kan air mata kerana takut akan bala Allah.

“Mengapakah bahtera tsunami yang diutuskan? Bukankah terlau besar kapal itu?
“ Kata Allah Manusia merindukan tsunami.” Jawapan itu membuatkan aku bertambah sebak. Benarkah manusia merindukan tsunami. Aku kemudiannya berlalu dari situ menuju ke Surau yang tiada penghuni untuk berlindung dari kemurkaan Allah. Sebentar kemudian kedengaran gelak tawa manusia yang dikunjungi bahtera tsunami. Mereka nampaknya terlalu gembira hingga belari-lari meninggalkan anak dan isteri. Satu persatu jiwa dimasukkan kedalam tsunami. Ketika itu aku melihat surau yang tadinya kosong kini padat dengan manusia. Apakah telah sampai waktu yang dijanjikan Nabi bahawa Islam akan menang ketika subuh mereka seperti Jumaat mereka. Lalu kedengaran rumah Allah itu berbicara.
“Tengok manusia, ketika aku panggil mereka untuk datang kesini saban waktu,saban hari, tiada sesiapa pun yang nak datang. Semua memekakkan telinga masing-masing. Sekarang sibuk je nak datang.” Aku terdiam malu. “haha, bukan susah rupanya nak suruh mereka ni selalu pergi masjid. Selalulah mohon pada Allah agar tsunami kerap datang atau bala yang lebih dahsyat dari itu. Taufan! Ya, taufan. Mereka tak kenal lagi taufan. Mungkin nanti bila taufan datang menjenguk manusia mungkin lebih ramai orang yang datang kemari.”
“Wahai rumah Allah, bukankah Nabi aku telah minta pelepasan dari Allah dari azabNya didunia ini untuk ummatnya?” soalku.
“Azab? Ini bukan azab hamba Allah yang beriman, ini Cuma peringatan kecil sahaja. Jika azab yang turun pada hari ini aku rasa tiada satu kumanpun yang akan hidup selepas ia diturunkan. Azab yang sebenarnya bakal mereka terima di akhirat kelak. Oleh itu, berilah peringatan kepada sahabat-sahabatmu.”
“Mengapa begitu perkataanmu?”
“Mengapa tidak? Tidakkah kamu pernah mendengar cerita dari azab yang telah tuhanmu turunkan untuk umatnya terdahulu? Untuk kaum tsamud, untuk kaum Lut, untuk kaum Nabi Saleh.”
“Ya, pernah. Mereka Allah turunkan Azab kerana ada yang mengamalkan seks sonsang, ada yang mendustakan nabi mereka, ada yang takabbur, ada yang cuba membunuh nabi mereka dan ada juga yang meminta-minta azab dari Allah.”
“Ya, mereka melakukan semua yang kamu sebutkan, tapi mengikut kaumnya. Hari ini semua itu berlaku dalam satu zaman. Zina, pembunuhan, pendustaan keatas nabi, ada yang mengutuk nabi, ada yang mempelecehkan nabi, seks luar tabii dan macam-macam lagi. Semua berlaku dalam satu zaman.”
“Jadi apa yang harus aku lakukan?”
“Tak perlu risau anak muda, ini adalah sebahagian dari tanda akhir zaman.”
“Apakah tiada penyelesaiannya?”
“Berilah peringatan kerana peringatan itu berguna untuk orang-orang beriman.”

2 comments:

Anonymous said...

Best la cite ni....
klu panjang lagi ..lagi best..
ok

Anonymous said...

nie yg wat ak nak balik sek balik nie..