Monday, April 21, 2008

Remaja hari ini pemimpin akan datang






Seringkali kita mendengar "ungkapan remaja hari ini pemimpin akan datang". Remaja yang didefinisikan sebagai manusia yang berumur 15-21 tahun pada peraturan alamnya akan meningkat dewasa dan bakal menggatikan golongan pemuda dan tua hari ini. Persoalannya, mampukah remaja yang kita lihat hari ini menaruju kepimpinan dimasa akan datang? Mampukah mereka menjadi seperti pemimpin agung, Umar al-faruq, seperti Sultan Muhammad al-fateh, seperti Salahuddin al-ayubi dan beberapa kepimpinan Islam yang menjadikan 2/3 dunia dalam penguasaan mereka. Adakah pemuda yang kita lihat hari ini sehebat Saidina Ali atau mereka ini seperti Hasan Basri yang ditauliahkan sebagai tuan guru di Basra sejak umurnya 15 tahun? Mereka tidak. Tidak. Tidak sama sekali.



Lihat sajalah remaja hari ini yang terpengaruh dengan budaya barat. Berpesta sakan lelaki dan perempuan dimalam merdeka. Kononnya bagi menyatakan negara ini sudah bebas. Bermati-matian orang dulu menghalau penjajah, remaja hari ini senang-senang membawa budaya mereka kembali bersila di atas tikar kedaulatan ini.



Bukanlah menjadi kebanggaan apabila negara kita maju, ekonomi kita mantap, tetapi rakyat kita bertutur bahasa asing, Belajar dalam bahasa asing, mengajar dalam bahasa asing. Dimakah bahasa terindah kita? Tapi kita bangga jika negara kita maju, ekonomi kita mantap, kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain dan rakyat kita belajar dalam bahasa kita, mengajar dalam bahasa kita. Bukankah bahasa kita yang terindah?



Terfikirkah kita apabila melihat remaja hari ini banyak diberi amaran tentang pemakaian topi keledar, namun tak pernah diberi amaran tentang mereka yang tidak berpakaian. Kerajaan juga terlalu tertumpu pada nasib rakyat dinegeri pembangkang yang serba kekurangan, tapi mengabaikan nasib rakyat di tengah kota yang tidak cukup kain. Mereka lebih dianjurkan kekonsert-konsert yang diadakan saban hari, namun mereka tidak pernah diajak meramaikan taman-taman syurga dimasjid-masjid berhampiran. Apakah remaja begini yang akan dudk dikerusi pemimpin kelak. Pemimpin yang lahir dari remaja acuan kerajaan hari inilah yang akan duduk diatas kerusi empuk sambil merompak harta rakyat, merampas segala tender-tender, membolot segala kegilaan dunia. Sambil mereka duduk didalam mahligai jutaan ringgit, rakyat masih tinggal teratak ayam. Sambil mereka menikmati makan tengahari dengan pelbagai juadah, rakyat makan siput babi colek air hujan.



Marilah kita melihat pemimpin seperti Umar, Umar tidak pernah mencanangkan wawasan 2020 mahupun progam pembangunan modal insan. Namun pemimpin yang berwawasan akhirat ini mampu meletakkan 2/3 dunia dalam penguasaannya. Beliau tidak ada Istana mahupun mahligai yang bernilai ratusan jutaan ringgit. Beliau seringkali dudk dibawah pohon tamar beralaskan tanah agar beliau dekat dihati rakyat, supaya beliau mudah ditemui rakyatnya. dizamannya tiada seorang pun diiktiraf fakirmiskin.



Sedarlah, pemimpin begini hanya akan lahir dari remaja yang tidak memendekkan malamnya dengan tidur, tidak juga menggelapkan siangnya dengan maksiat, akan tetatpi dia sering menyuburkan hatinya dengan zikrullah disamping menyintai ilmu seperti Saidina Ali yang dipelihara mukanya oleh Allah. Dengan formula itu, maka lahirlah pemimpin seperti Hassan Al-Banna dan Syed Qutb yang berjalan ke tali gantung. Beliau pernah berkata, didalam dakwah ini ada tiga perkara: jika kita mati, kita syahid. jika kita dipenjara kita beru'zlah. dan jika dibuang negeri, kita sebarkanlah dakwah kita dinegeri kita dibuang. Wahai remaja, bersiadakah anda menjadi pemimpin?

2 comments:

hidayat said...

weh muiz..komen blog aku,join forum aku kat http://www.freewebs.com/alikhwan

emir.abu.khalil said...

alhamdulillah, verily this is a good article... maybe my suggestion can be taken into account the next time you write little brother.... do cite some verses from Quran or hadith of the prophet...

keep writing... for the sake of ummah, Islam and Allah....

may Allah bless you...