Tuesday, April 15, 2008

Jentayu tidak terbang-terbang lagi

Mengimbau kenangan silam memang memedihkan. Entah. Tidak diketahui sejauh mana kebenarannya. Kadangkala aku berfikir sendirian. Menanti hari-hari yang mendatang. Adakah masih ada lagi harapan buatku? Atau sekadar menanti kasih di pinggiran? Aku tidak mahu berada di persimpangan dilemma. Hanya hati dan perasaan yang mengerti. Namun tidak semua. Kalaulah yang diharapkan betul-betul menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Tetapi, takdir tidak akan senentiasa menyebelahi kita. Kita bukannya nabi. Kita tidak maasum. Manusia biasa. Manusia yang dilahirkan sebagai khalifah di dunia ini.
“Abang, buat apa tu? Marilah makan,” suraya menyapaku. “yalah, sekejap lagi abang dating,” balasku ringkas. Aku mengambil alat kawalan tv, lalu aku tutup siaran ketika itu. Entah mengapa, setiap rancangan malam ini membosankan. “kenapa ni bang? Ada problem kat sekolah ke.?’ Tanya suraya. Aku menggeleng , walaupun hakikatnya aku ada masaalah yang tidak kutahu pada siapakah insan yang boleh berkongsi masaalah denganku. Soalan yang tidak dapat kujawab daripada seorang pelajar. “cikgu, kenapa ada anak yang tidak ingat jasa orang tua. Tengoklah, selamba aje diorang letak mak ayah dekat rumah orang tua-tua.”
Masihku ingat kata-kata itu. Pada pandanganku, seorang gadis belasan tahun sepertunya, mampu memberikan jawapan sendiri. Tetapi, hatta saatku hendak keluarpun, dia masih mengingatku soalan tersebut. Ah, rungsingnya aku. Aku teringat kedua ibubapaku.
Kasih saying yang meruka curahkan aku anggap seperti sipetani menabur baja pada tanaman. Apabila tanaman subur, dipetik, jasa baja tidak pernah dikenang. Aku akur dngan takdir walaupun pada hakikatnya aku hanut dibawa arus. Arus kehidupan yang entah bila akan surut.
Aku terus menanti , walaupun aku sedar, mustahil pokok yang telah dicabut akan akan tumbuh semula. Kalau patah boleh tumbuh, kala hilang boleh diganti. Kalau hilang buat selama-lamanya….? Jentayu pun tidak mampu melakukan apa-apa.
“siapakah engkau?” terdengar satu suara. “mohsin,” jawabku ringkas. “kenapa engkau tidak ingat pesan bapa dan ibumu?” tanyanya lagi. “mana ada!” balasku, seraya badanku terasa hilang tempat pergantungan,
Disebat oleh sesuatu yang tidak kutahu. Perit, pedih. “kenapa kau tidak ikut kata-kata mereka? Kenapa engkau tidak ingat segal jasa mereka? Tidakkah engkau tahu ibumu bertarung nyawa melahirkan kamu? Kenapa engkau lupa semua itu?” tegas suara itu. Aku terkesima. Tepatri disitu. Aku pelik, runsing… “Ahhh….!” Aku menjerit.
“Bang, oh bang! Kenapa ni?” sergah suraya, isteriku. Aku bangun. Astaghfirullah, aku bermimpi. Mimpi yang mengingat aku tentang kasih. Tentang pengorbanan, dan tentang kehidupan. Aku termenung. “tak apalah, su tidurlah dulu. Abang tak ada apa-apa,” pujukku. Suraya kembali tidur. Aku belay rambutnya. Mungkin sudah lena. Tidurlah saying, moga diulit mimpi indah. Hanya itu yang ku harapkan. Aku tidak dapat melelapkan mata. Entah mengapa, aku rasa ada sesuatu yang tidak kene dengan kehidupanku. Mungkin atas kesilapan yang lalu. Kesilapan yang membuatkan setiap insan terseksa, langkah kehidupan bagaikan tidak bermakna lagi. Setiap hari, hanya menanti saat dimaafkan. Namun, suara siapakah yang bakal kudengar perkataan “……maafkan….”
Adakah esok masih ada bagiku? Adakah rembulan akan bersinar untukku? Adakah mentari akan bercahaya untukku. Itulah antara harapanku. Biarlah. Biarlah segala lipatan sejarah silam tidak berulang lagi. Tidak . tidak aku tegar membuka lipatan sejarah itu.
“…maka janganlah kamu katakana ‘oh’ kepada keduanya….”
Ayat al-quran ini mengingat aku kepada peristiwa, kisah dan cerita yang sungguh memilukan. Bukan sahaja ‘oh’, herdikan, hinaan, cacian telah aku lemparkan kepada ibu dan ayahku. Aku tidak kenang jasa mereka. Aku anak derhaka. Masihku ingat betapa peritnya ayah berjalan, berpanas, berhujan dan bermandi peluh semata-mata untuk menyuapkan sesuap nasi kemulut kami. Masihku ingat ,betapa peritnya ibu memasak, memotong kayu dan meniup bara, smata-mata untuk menyuapkan nasi kemulut kami. “emak,ayah maafkan Sin.” Aku bermonolog. Adakah aku sudah terlambat? Adakah nasi sudah jadi. Adakah pokok yang berbuah akan berbunga lagi?
“jangan mudah berputus asa Mohsin. Allah itu maha pengampun. Kita serahkanlah pada Allah.” “tapi ustaz, mak dan ayah saya sudah tiada . tangan siapa yang hendak saya salam? Pipi siapa yang hendak saya kucup? Kepada siapa yang hendak mohon maaf?” balasku. Aku masih ingat perbualanku dengan Ustaz Razak, guru agama di kawasanku tempoh hari. Ustaz razak banyak membantuku. Membatuku mencari keredhaan tuhan. Akan aku tutup sejarah silam, sejarah tidak mungkin berulang lagi. Biarlah hanya aku yang tahu betapa peritnya balasan derhaka. Biarlah hanya aku yang terseksa akibat tidak mengenang jasa biarlah anak-anakku lahir sebagai perwira dan serikandi berjasa dan mengenang jasa. Acapkali aku berdoa.
Sejadah telah terhampar. Malam ini menjadi saksi. Tanganku kuangkat menghadap Ilahi. “Ya Allah, hanya kepada Engkaulah aku memohon keampunan. Aku sedar kini. Betapa besarnya kesalahan yang telah aku lakukan. Aku akui, kasih dan saying kedua orang tuaku tidak pernah aku balas. Dan pagi hari ini, sekali lagi hambaMu ini memohon keampunan. Ya, Allah, ampunkanlah dosaku. Aku memohon kepadaMU. Amin.” Hanya air mata saja yang kusertakan sebagai mahar. Seraya aku bersujud emmohon keredhaanNya kerana kutahu hak aku untuk meminta maaf tapi bukan hak aku untuk dimaafkan.

No comments: