Saturday, April 26, 2008

Cinta Satu Malam


“You're not alone
Together we stand
I'll be by your side
You know I'll take your hand

When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No, I won't give in

Keep holdin' on
Cause you know we'll make it through
We'll make it through
Just stay strong
Cause you know I'm here for you
I'm here for you
There's nothing you can say
Nothing you can do
And There's no other way when it comes to the truth
So, keep holding on
Cause you know we'll make it trough
We'll make it through”

FAIZ merenung jauh dari berenda asramanya. Kelihatan beberapa pelajar lelaki sedang bermain bola, ada juga yang sedang bermain sepak takraw. Pandangannya tertumpu pada gelanggang takraw yang saban hari menjadi tempatnya mengasah bakat. Di gelanggang itulah dia bertemu dengan sahabat karibnya. Walaupun perkenalan mereka baru berputik, namun putiknya sudah seindah bunga. Hampir tiga bulan dia disitu, tujuannya untuk belajar agama dengan lebih mendalam sudah tertunai. Dia bercadang untuk mengumumkan pemergiannya dari sekolah pondok itu malam ini.

“Kau betul-betul nak berhenti ke Is” soal Syafiq ketika bereka berehat-rehat selepas penat bermain takraw petang itu. Faiz hanya mengangguk beberapa kali.
“Aku mintak maaf Syafiq, Fateh. Silap aku tak beritahu korang awal-awal. Memang aku hanya bercadang nak duduk kat sini dua tiga bulan je. Nak rasa biah kat sini, biah solehah.” Cerita Faiz sambil tersenyum. Fateh dan Syafiq hanya diam mendengar penjelasan Faiz.
“Aku bukan apa Is, sejak ko datang kat sini seronok plak aku rasa.”
“Bukan ko sorang je Fateh, aku pun sama. Kalau ada peluang memang aku nak teruskan hidup aku kat sini. Kat sini tak macam kat KL tu, budaya kat sana dah tak boleh dibendung lagi. Tapi, korang pun akan tinggalkan Raudah juga kan?”
“memanglah, tapi bukan esok luse. Paling awal pun mungkin bulan lima. Itupun kalau kitaorang masuk matrik. Tapi kitaorang tinggalkan bumi Raudah ni je. Raudah yang kat sini we never let it go.” Fateh menepuk-nepuk dadanya perlahan.
“Aku pun sama, tak mungkin aku boleh tinggalkan Raudah kat hati aku.”

Faiz terkenangkan perbualannya dengan Syafiq dan Fateh kelmarin. Dia memastikan Fateh dan Syafiq adalah orang pertama yang diberitahu.

*** *** ***
Dengan berpakain jubah coklat lembut, duduk didepan ratusan penghuni Raudah malam itu, Faiz memberi kuliah. Kuliah terakhir mungkin buatnya untuk kali ini. Dia menceritakan kisah dan teladan tentang hadith yang berbunyi “Islam itu dagang dan akan kembali dagang…” dia menceritakan perjalanan Islam dari zama Raulullah hingga ke zaman khulfa’ ar-rasyidin, melangkawi hingga zaman ummayyah, abbassiah, dan turki uthmaniah. Mencerikatan kegemilangan Islam dari tahun ke tahun, zaman kezaman, dan menceritakan tentang keadaan Islam ketika era kejatuhan Turki uthmaniah hingga kini kita dipijak. Dari kuliah itu mereka yang masih muda dalam ilmu agama mengetahui bahawa orang yang bertanggungjawab diatas kejatuhan Islam adalah orang Islam sendiri. Faiz meneruskan kuliahnya hingga jam digital di dindin musolla berbunyi. Ada dua tiga kerat pendengar setianya bangun mengambil wudhu’ di belakang. Mungkin risau tak sempat takbiratul ula dengan imam nanti.
“InsyaAllah dikesempatan ini ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Raudah yang selama ini banyak membantu ana dalam mendalami ilmu Allah ini.” Dia diam sebentar. Muka rakan-rakannya direnung satu persatu. “InsyaAllah, esok ana berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan ana tak tahu bila pula kana akan datang balik sini.” Kedengaran sedikit kekecohan di musolla itu. “ Cuma ana nak pesan seperkara, dimana saja kita berada, perjuangkanlah agama Allah ini.”

*** *** ***
Malam tidak berakhir disitu untuk Faiz, selesai solat Isya’ yang turut diimamkan oleh Faiz, dia fateh dan Syafiq terus pergi kerumah Ustaz Saleh. Rumah Ustaz Saleh terletak tidak jauh dari musolla, beliau umpama ayah kepada warga Raudah. Menurut ceritanya, datuk Ustaz Saleh yang membuka Raudah ini. Asalnya Raudah hanya sebuah pondok biasa namun setelah ayah Ustaz Saleh mengambil alih pondok itu dia telah menaik tarafkan menjadi sebuah pusat pengajian yang berteras dua aliran, akedemik dan ilmu agama.

“hmmm…” Ustaz Saleh mngangguk perlahan. Matanya yang tadinya hanya merenung kebawah, kini dia mengangkatnya dan merenung tepat mata Faiz. “Cinta itu haram bagi mereka yang bukan muhrim.”
“Tapi insyaAllah Ustaz, saya memang ikhlas ingin mengail dia sebagai isteri saya suatu hari nanti.” Balas Faiz.
“Habis tu kamu nak saya tunangkan kamu dengan dia?”
“Ish ustaz ni, apa pulak kata mak bapak dia nanti.” Terkejut dia mendengar kata-kata Ustaz Saleh.
“Aina Mardiah tu dah kehilangan orang tua dia sejak kecil lagi.” Kelihatan Faiz mengerutkan dahinya.
“Habistu dia dia tinggal dengan siapa?” suara dia agak lemah sedikit kali ini.
“Kami yang bela dia, dan kamu jangan risaulah. InsyaAllah dia akan ada kat sini bila kamu datang balik nanti.” Kali ini Faiz tersenyum.
“Maknanya jadilah kamu bertunang yek?”
“Pasal bertunang tu….”
“kenapa pulak ni Faiz? Kamu serius nak kat dia ke tak?”
“Memanglah Ustaz, tapi….mak saya mesti tak benarkan.”

Faiz tertunduk memikirkan pelbagai persoalan di fikirannya. Ustaz Saleh pula masih menunggu keputusan dari Faiz. Dalam suasana bening itu isteri Ustaz Saleh datang membisikkan sesuatu kepada Ustaz Saleh.

“Macamnilah Faiz, apa kata kita letak tanda dulu. Budaya ni biasa kita buat kat Perak.” Faiz mengangguk perlahan. “Jom.”
“Jom?” faiz tidak mengerti.
“ Jom kita ke musolla, Ainul Mardiah dah menunggu disana.” Pucat lesi muka Faiz malam itu. Apa yang akan dia cakap dengan Diya nanti.

*** *** ***

Ainul Mardiah menutup mashaf al-quran yang diberi oleh Faiz tujuh tahun lalu. Malam sebelum Faiz pulang ke Kuala Lumpur, mereka sempat bersembang dan dari situ mereka tahu yang sebenarnya memang mereka saling menyintai antara satu sama lain. Cuma iman mereka yang takut akan Allah sahaja yang membuatkan mereka tidak pernah menzahirkannya. Menurut syarat dari Ustaz Saleh mereka hanya boleh berhubung melalui surat sebulan sekali sahaja. Faiz memberi Diya senaskah Al-quran sebagai tanda bahawa dia akan mengahwininya. “ Apilbila kamu merindui ana, maka bacalah al-quran atau berselawatlah keatas Nabi, kerena Allah dan Nabi adalah yang paling layak dicintai.” Diya masih teringat kata terakhir Faiz. Faiz kemudiannya berangkat ke Jerman untuk menyiapkan ijazahnya dalam bidang pengurusan. Namun satu perkara yang tak diduga berlaku, warkah dan khabar berita dari Faiz terputus dua tahun lalu. Lima tahun setelah Faiz meninggalkan Raudah. Kalu hendak diikutkan hati Diya, memang dia hendak menangis selalu. Namun dia hanya menyerahkan segalanya Pada Yang Maha Esa untuk menjawab segala teka-teki kehidupan ini. Hari ini, Diya sudahpun bergelar seorang doktor. Dia baru ditugaskas di HKL Isnin lalu, setiap pagi dia akan membaca al-quran yang diberi Faiz sebelum pergi ke tempat kerja. Dia menyemak jadual hariannya. Baru dua hari bertugas, Diya sudah disuruh merawat pesakit kanser tulang tahap kedua. Pesakit pertamanya itu hanya dapat diselamatkan dengan semangat yang tinggi dari dirinya sahaja. Kebanyakan pengidap kanser tulang berakhir dengan kematian. Dia menarik nafas panjang sebelum masuk ke dalam wad pesakitnya. Bismillah diucapkan, pintu dikuak pelahan.

“Asllamualaikum, mulai hari ini saya Dr. Diya akan merawat encik…..” Diya hanya merenung fail yang dipegangnya sebentar tadi. Dia kemudiannya merenung papan tanda nama dikatil pesakitnya untuk mengetahui nama pesakitnya.
“Faiz, nama saya Faiz.” Diya tergamam. Matanya diangkat perlahan hingga tepat kewajah insan yang sangat dirinduinya. “Apa khabar Diya.” Lemah suara Faiz. Hanya air mata yang menjadi jawapan untuk kekasih hatinya ang kini diambang maut.
“Is janji nak dengan Diya aritu…” kata-katanya taksempat dihabiskan.
“Is taknak Diya sedih. Is taknak dia kehilangan Is nanti.”
“Diya sudah pun kehilangan Is. Tujuh tahun Diya tunggu Is.” Ait matanya masih mengalir.
“Is ingatkan kita dah takda jodoh, Is ingat Is akan…”
“Diya akan cuba selamatkan Is.” Diya memotong kata-kata Is
“Tiada siapa yang mampu menghalang kematian Diya.”
“Tapi kita still boleh usaha kan? Allah melarang hambaNya berbutus asa kan?” Faiz mengangguk perlahan.
“Tapi kalau nanti kita gagal, ingatlah Allah itu sebaik-baik perancang.” Diya mengangguk lemah. “Diya.”
“Ya,Is” Diya mengangkat mukanya.
“Saya ada satu permintaan. Permintaan terakhir.”
“Apa dia Is?” Diya sedia mendengar.
“kalau saya pergi nanti, awak tolong cari Fateh.”
“Fateh?”
“Fateh menyintai kamu Diya, saya sudahpun menyuruhnya mencari kamu di Raudah.” Diya menangis.
“Tapi dengan satu syarat.”
“Syarat?”
“Kahwini saya dulu. Saya nak Is jadi suami saya diakhirat kelak.” Kali ini, air mata lelaki milik Faiz tidak dapat dibendung lagi. Mutiara tabahnya membasahi pipi tampannya. Sedaya upaya dia cuba mengukir senyuman yang selama ini mudah sangat terukir. Faiz mengangguk perlahan.

*** *** ***

Hari ini genapalah setahun pemergian Faiz dari alam fana ini. Diya dan Fateh datang bersama cahaya mata pertama mereka yang diberi nama Muhammad Faiz menziarahi kubur Faiz yang diletakkan berhampiran kubur ayah Ustaz Saleh di Raudah. ‘Is, Diya dahpun menunaikan permintaan Is. Cuma Diya harap Allah akan menunaikan permintaan Diya tempoh hari untuk menjadi Suami Is diakhirat kelak. Is, bersama dengan Diya hari ini Diya bawakan Faiz untuk mengubati rindu Diya. Diya harap Is setuju dengan apa yang Diya lakukan ini.’ Bisik hati Diya. ‘Is, sebagai seorang sahabat, aku sudahpun menjalankan tangungjawab aku Is. InsyaAllah, aku akan jaga Diya sebaik mungkin. Aku doakan kau ditempatkan bersama orang-orang soleh Is. Tunggu aku, aku akan mesyusul kemudian. Itu janji tuhan kita.’ Pusara Faiz kemudiannya ditinggalkan setelah bacaan yassin dikumandangkan. Begitu juga memori indah bersamanya, namun perasaan cinta, kasih dan saying mereka kepada Faiz tidak pernah padam. Mereka berazam untuk membesarkan anak mereka agar menjadi sehebat Faiz, setabah Faiz. –TAMAT-
*gambar diatas cuma gambar hiasan

No comments: