Thursday, April 17, 2008

Iktibar untuk Bangsaku yang sombong



Khalifah Umar Al-Khattab terkenal dengan keadilan dan mendaamnya rasa peri kemanusiaannya. Suatu hari ketika beliau berjalan-jalan di pasar untuk melihat keadaan rakyatnya, beliau bertembung dengan seorang yahudi tua yang bongkok, orang tua itu berjalan dengat tongkatnya dan kelihatan sukar untuk mengatur langkah. Orang tua itu menadah tangannya sambil meminta sedekah.
Melihat keadaan itu, Saidina Umar pun seraya bertanya, “mengapa sampai begini pekerjaanmu wahai orang tua?” dijawab orang tua itu,”saya mengumpul wang untuk membayar jizyah tuan.”
Mendengar perkataan orang tua itu, Umar agung pun lantas berkata, “Tidak, mulai hari ini engkau mestilah berhenti daripada meminta-minta. Lalu beliau menoleh kearah pengiringnya, seraya berkata, “Hari mudanya telah digunakan segala tenaga untuk memikul segala tanggungjawab, setelah tua kita biarkan sahaja, ini tidak adil. Mulai hari ini, potong namanya dari senarai orang wajib membayar jizyah dan masukkan namanya kedalam daftar orang tua yang layak meneri bantuan dari Baitul Mal setiap bulan.”

Apakah kalian biasa mendengar kisah diatas. Kisah ini saya coretkan untuk tatapan mereka yang bukan Islam dan mereka yang selalu menuduh kerajaan Islam yang dicanang tidak mampu menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama. Sedang orang itu lupa, merekalah yang selalu membangkitkat isu perkauman dan agama. Apakah kalian berfikir, jika dulu Nabi kita berfikir hanya untuk bangsanya, kita hari ini tidak akan lahir sebagai Islam.
Sedarlah wahai bangsaku, hari ini orang bukan Islam pun sudah memandang akan kebenaran Al-quran dan Islam. Ketua menteri Pulau Pinang YAB. Lim Guan Eng pernah berkata dihadapan Pegawai-pegawai kerajaan negeri yang berbangsa melayu,beragama Islam. Katanya ”Tuan-tuan, tolong ajarkan saya bagaimana hendak jadi pemimpin seperti Umar Al-khattab.” Lihatlah wahai bangsaku yang sombong, orang sudah mula mlihat kepada Islam. Beliau bukan sekadar menyebut, malah menceritakan kisah Saidina Umar yang memikul tepung dengan bahunya sendiri untuk seorang ibu tunggal yang tiada makanan. Beliau menceritakan kisah itu dihadapan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang beragama Islam yang mungkin tidak pernah dengar akan kisah itu atau lebih malang lagi jika ada diantara mereka yang tidak tahu siapa Umar yang dimaksudkan oleh yang amat berhormat.
Pemimpin yang kita mahu hari ini,jika buakan dari kalangan umat Islam yang mampu menjalankan syariat Islam pun, biarlah dianya adalah pemimpin seperti Raja Najasyi yang memberi perlindungan kepada umat Islam ketika hijrah pertama dan kedua umat Islam ke Habsyah. Asalkan tampuk kepimpinan ini tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak mahu dan tidak suka kepada syariat Islam ini. Raja Najasyi walaupun pada waktu itu seorang Kristian, tetapi baginda tetap memberikan perlindungan kepada umat Islam yang behijrah kenegara baginda. Ketika mana baginda dikunjungi oleh Amru Al-Asr, baginda disuap dengan hadiah dari barangan terbaik yang didatangkan khusus untuk baginda dari Mekah, dengan harapan dia dapat membawa balik umat Islam yang berhijrah kesitu. Namun apa yang dilakukan oleh Raja yang adil itu bukanlah terus menerima bulat-bulat kata-kata Amru. Baginda meminta agar dipanggil wakil orang Islam untuk berhujah dihadapan baginda tentang perkara yang dibawanya. Raja yang adil ini akhirnya menolak permintaan Amru walaupun dia bakal kehilangan segala habuan yang dibawa untuknya.
Wahai bangsaku, jika hari ini kalian tidak bersama-sama kami dalam perjuangan ini, janganlah pula kalian menjadi penghalang untuk kami mencapai matlamat tertinggi kami. Sedarlah, hari ini kami telahpun diberi kemenangan oleh Allah, dan Allah juga telah menjanjikan kemenangan kami dimasa akan datang, samaada dalam bentuk kemulian didunia atau kemulian di akhirat. Adakah kalian yang menentang perjuangan kami hari ini mendapat janji seperti mana kami?

2 comments:

Anonymous said...

im with u dude..!
always with u..
jgn luper ak yerkk.1

perjuangkan TUHAN...!
ALLAHUAKBAR..!

Anonymous said...

Iktibar buat bangsaku yang tak mengenang budi cum ko dan followers ko!!!!!