Monday, June 16, 2008

Aku & Dirimu ep.1

-HUJAN TAK TURUN UNTUK KITA SEORANG-

Sebentar tadi lamunan Faris diganggu seorang pemuda yang kebetulan berada disitu. Pemuda tadi telahpun duduk disebelahnya ketika dia sedar dari lamunan jauhnya.

“termenung jauh nampak. Terkenangkan sape?” soal pemuda itu.
“takde ape-apelah bang.” Faris sengaja berdalih.
“Dunia ni bukan tercipta untuk kita seorang je, jalan ni bukan kita sorang je yang pernah lalu, hujan tu takkan turun sebab kita sorang je.”
“maksud abang?” Faris menyoal.
“kamu ada masaalah kan?” faris menghela nafas panjanng.
“takde ape-apelah, saya cuma terfikir, cerita Romeo n Juliet tu betul-betul ada ker. Betul ke hebat cinta Shah Jehan dengan Mumtaz.” Pemuda tadi ketawa kecil. “kenape abang ketawa pulak.” Pemuda tadi yang asyik ketawa kini hanya tersenyum, mukanya kembali sirius.
“kamu nak dengar satu cerita tak?”
“cerita betul ke tipu?”
“cerita betul la”

*** *** ***

Sebuah bas yang membawa sekumpulan pelajar yang mengikuti rombongan ke Pulau Pinang berhenti di salah sebuah stesen minyak. Beberapa orang pelajar yang baru selesai tamat menjawab kertas SPM terakhir mereka kelmarin turun untuk ke tandas sementara menunggu abang bas mengisi minyak. Turut sama turun ialah Hakimi, salah seorang daripada pelajar ‘sport’. Hakimi bukan sahaja pelajar sport biasa malah dia merupakan ketua pasukan bola sepak sekolahnya dan dengan bantuannya sekolah mereka telah merangkul kejuaraan peringkat kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut. Di sekolah itu, pelajar sport merupakan pelajar yang paling menerima perhatian dan disegani oleh pelajar-pelajar lain.
Hakimi atau lebih dikenali sebagai Kimi terus saja masuk kedalam kedai runcit stesen minyak tersebut. Kimi menyedari sesuatu ketika dia melangkah masuk kedalam kedai tersebut. Ade dua orang lelaki buaya darat yang sedang mengacau seorang gadis yang bertugas menjaga kaunter tersebut. Gadis tersebut ingin pulang kerumah dengan segera selepas tamat gilirannya menjaga kaunter tersebut, namun hajatnya terhalang dek kerana dua orang lelaki tadi.

“Hai sayang! Dah lama tunggu.” Hakimi terus saja mendapatkan gadis tadi. Dengan berlagak sebagai teman lelaki gadis itu dia mengambil bungkusan beg plastik ditangan gadis tadi untuk dibawakan. Hakimi terus saja memimpin tangan gadis tadi hingga keluar kedai. Tiba diluar kedai gadis itu cepat-cepat menarik tangannya. Dia tak pernah rasa tangannya dipegang oleh seorang lelaki.

“maafkan saya, saya Cuma ingin membantu.” Perempuan tadi hanya diam dan mengangguk perlahan sambil mengesat-ngesat tangannya. “Hakimi, awak boleh panggil saya Hakimi.”
“Saya paling tak suka terhutang budi.” tiba-tiba dia bersuara.
“Saya tak beri hutang ape-ape pun.”
“no, ada tak apa-apa yang saya boleh buat supaya saya dah tak terhutang apa-apa dengan awak.”
“Its okay. Saya tak kisah, benda kecik je.”
“Tak, itu mungkin kecik bagi awak, tapi bukan bagi saya. Just mention it.” Kimi menghela nafas panjang. “Esok, malam dalam pukul lapan saya free. Temankan saya makan dan jalan-jalan kat Padang Kota, boleh.”
“boleh, bersyarat.” Gadis itu menduga.
“apa syaratnya?”
“okay, esok kol lapan kat Padang Kota.” Gadis itu terus saja pergi meninggalkan Kimi.
“syaratnya?”
“Esok, padang kota pukul lapan malam.”

*** *** ***

Semenjak dalam bas semalam, selepas berhenti di stesen minyak Hakimi tak putus-putus tersenyum seorang diri. Hakimi baru selesai solat jama’ magrib dan isya’. Dia melihat jam di dinding apartment yang disewa mereka, sudah menunjukkan pukul 7.30. Hakimi terus saja turun kelobi. Perjalanannya diatur dengan tergesa-gesa. Dia takut gadis semalam menunggu lama. Dia juga menyesal sebab tak sempat menanyakan nama gadis semalam. Turun saja dari lif, dia tersenyum lebar, sepupunya yang menetap di Pulau Pinang sudah ada menunggu di lobi.

“Assalamualaikum Abang Ngah. Ape khabar?”
“Waalaikumsalam, sihat. Buat ape kamu kereta tu.”
“Ada laa. Nak keluar ngan kawan. Jalan-jalan. Pegi padang kota kot.”
“Kamu tahu ke jalan pegi sana?”
“aii, takkan plak tak tahu. Abang Ngah datang sorang ke. Nak balik naik ape ni?”
“Ade, Kak Ngah kamu pegi mane ntah. Emm, nah. Bawak kereta tu elok-elok.” Abang Ngah menghulurkan kunci kereta yang dipinta Kimi petang tadi.
“Yelah, tahulah Kimi. Kimi pegi dulu ye. Karang lambat plak.”
“Yelah-yelah.” Dia terus saja berjalan menuju ke luar dari lobi apartment itu. Sempat juga dia berselisih senyuman dengan Kak Ngah di pintu masuk.

Kuk! Kuk! Alam kereta Toyota Celica kedengaran apabila Kimi menekan punat pada kunci kereta itu. ‘hehe, tak sangka Abang Ngah nak bagi kereta Celica ni, ingatkan nak bagi Sonata bini dia tu je. Rezeki rezeki.’ Bisik hatinya. Pintu kereta dikuak, Kimi masuk kedalam, dia ketawa riang seorang diri didalam kereta itu. tiba-tiba dia tersedar jam telahpun menunjukkan pukul 7.40. bersambung......

No comments: