Saturday, June 7, 2008

Rakyat tak kisah harga minyak naik

Salah seorang daripada ribuan rakyat Malaysia yang terduduk setelah mendengar pengumuman harga minyak naik akhirnya tidak sanggup untuk duduk lebih lama kerana risau beratur panjang di stesen minyak. Faizal(bukan nama sebenar) merupakan seorang wartawan disebuah syarikat surat khabar yang terkenal disini mengambil kesempatan ini untuk membuat liputan. Enjin kereta dihidupkan, keretanya melunsur laju menuju ke stesen minyak yang terletak lima kilometer dari rumahnya. Namun perjalanannya terhenti dikilometer terakhir. Malam yang selalunya gelap kina disinari cahaya merah yang datang dari lampu kereta yang sedang beratur panjang menunggu giliran menghabiskan sisa minyak subsidi kerajaan. "mila, take control kete ni. Abang nak pi intiview pengguna pam petrol kejap." Faizal terus saja keluar dari keretanya. Tempat pemandu itu diambil alih oleh Mila(juga bukan nama sebenar).

"emm, encik." lelaki yang disapanya tadi menoleh kearahnya. "apa komen encik tentang harga minyak sekarang?"
"no komen la. still murah lagi."
"murah?" faizal terkejut dengan jawapan lelaki itu.
"yelah, malam ni still muah lagi, esok baru mahal. tu yang sampai sebatu orant beratur nie."
"err, tak apalah pak cik. terima kasih." faizal beredar dari situ mencari rakyat yang lebih cerdik.

"cik, dah bape lame agaknya cik kat sini?"
"emm, dalam dua puluh minit." faizal mengangguk perlahan.
"emm, ape komen cik tentang kenaikan harga minyak menjelang esok?"
"sebenarnya saya tak kisah" dia mengeluh. faizal mengerutkan dahinya.
"err, tapi kenapa cik beratur panjang malam nie."
"tak, duit minyak papa saya yang bagi. dia punya pasal ar saya kena beratur malam ni. ish teruk betul la."
"oh, kalau macamtu saya minta diri dulu la ye."

Faizal berjalan dengan rasa tensen menuju kekeretanya. Dia masuk dak duduk disebelah driver. Topi tajaan surat khabarnya ditanggal dan diletakkan diatas ribanya. Faizal mengeluh perlahan. Mila melihatnya sebentar. Dia buat tak tahu je. Memang kebiasaannya faizal macamtu bila berita yang diterimanya kurang memuaskan.
Tiba-tiba dia kelihatan tersenyum, cepat-cepat dia pakai balik topi tadi. Faizal nampak tergesa-gesa. Larian anaknya tamat ketika berada betul-betul berada di hadapan seorang pak cik dalam lingkungan 40 tahun sedang mengisap rokok di gerai berhampiran.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. doklah"
"hehe, terima kasih."
"isi minyak ke?" faizal tersenyum sedikit sambil mengangguk.
"Pak cik, dah isi dah?" pak cik itu juga tersenyum tapi sambil menggelengkan kepala.
"kenapa, pak cik tak kisah ke esok minyak naik?"
"buat ape nak susah-susah bazir masa kat stesen minyak ni. Minyak bukannya naik lama mana pon." katanya
"kenapa plak pak cik cakap camtu? pak cik tau ke harga minyak dunia nak turun bila?"
"Tak, harga minyak dunia pak cik tak tahu la bile die nak turun. Tapi harge minyak malaysia ni lagi empat tahun turun la die."
"Mana pak cik tahu."
"lagi empat tahun kan pilihan raya." pak cik itu tersenyum lebar sambil melihat bendera PAS dan PKR yang masih teguh berdiri di sebatang pokok di kawasan ipoh termasuk lima buah negeri yang lain."tunggulah, sekarang ni baru kena lima, minyak dah naik. emm, kalo dah enam ke tujuh nanti tak tau la. tapi kalo dah sembilan ke sebelas ke, sah minyak turun. haha." pak cik ketawa pendek.

*kisah benar menurut cerita wartawan diatas.

2 comments:

Anonymous said...

"Rakyat tak kisah harga minyak naik"
sebagai seorang yang berfikiran intelektual..bukalah fikiran kita, apa, mengapa dan siapa yang menerima padah akibat kenaikan harga minyak..tentulah pengguna dan kami merasa pedihnya menanggung beban ini, dan kenapa kerajaan menaikkan harga minyak dengan mendadak sehingga menggunakan alasan malaysia negara kedua terendah kadar harga minyak di Asia Tenggara..dan kenapa tidak membandingkan dengan negara pengeluar munyak dunia..Brunei contohnya merupakan negara pengeluar minyak dan hanya menerima padah akibat kenaikan harga minyak dengan menaikkan sebanyak10 sen, diikuti dengan Venuzela yang juga merupakan negara pengeluar minyak hanya menaikkan sebanyak15 sen ,hal ini juga berlaku kepada negara pengeluar minyak yang lain..... ini lah halnya dan sebabnya rakyat pening dan keliru dengan kenaikan harga minyak yang mendadak di negara ini....dan kenapa kerajaan tidak membandingkan dengan negara pengeluar minyak dunia lain ..adakah ini akan membongkarkan sesuatu rahsia kerajaan yang kita tidak pernah sangka....fikir2 kan lah...saya pengguna yang sangsi dengan keputusan........... menaikkan harga minyak... saya hanya menulis anda yang menentukan sama ada ia benar atau sebaliknya....

Anonymous said...

hebat pacik tu ckp.
kewl gilak.
haha.
sokongsokong.
kebodohan sesuatu keputusan akan terlihat apabila tercalit seribu persoalan.
;)