Wednesday, June 18, 2008

Aku dan Dirimu ep.2

-MENJAGA HATI-

“Dah lama tunggu?” Hakimi muncul dihadapan Diana dengan seribu senyuman. Harapannya agar kelewatannya dimaafkan.
“Takdelah lama mana, dalam setengah jam jer.” Sindir Diana.
“alah… sori la, bukan saya sengaje, tadi…”
“jalan jam?” Diana menyindir sekali lagi.
“Saya pegi beli benda ni untuk awak.” Hakimi mengunjukkan sejambak bunga ros putih.
“Wow, so sweat!” Diana terkejut dengan kejutan yang dilakukan Hakimi hingga dia menutup mulut dengan kedua tangannya. “It is for me?”
“No.” Diana mencebik. “Unless you tell your name first.” Diana kembali tersenyum.
“Diana, Nur Diana.” Diana terus saja menadah tangannya mengharap diserahkan bunga itu kepadanya.
“Saya…”
“Hakimi, semalam awak dah cakap kan?” Hakimi mengangguk sambil tersenyum. “White roses, tell the friendship.”
“Cause the friendship never die.” Ujar Hakimi. “syaratnya?”
“awak kena jujur dengan setiap soalan saya, dan saya akan jujur dengan setiap soalan awak. Saya boleh teman awak kemana saja tapi kena hantar saya balik kesini sebelum pukul dua belas malam ni. Tak boleh pegang tangan, tak boleh peluk-peluk. Tak boleh mintak nombor handset, id YM, myspace, atau apa-apa yang boleh menghubungkan kita selepas malam ni. Diana hanya mengenali Hakimi sehungga pukul dua belas malam ni. Agree?”
“I agree. My princess” Hakimi tersenyum manja.
“So, kemana kita.”
“aik, Tanya kita pulak. Semalam kata ada orang nak belanja makan, saya dari petang tadi save perut ni.”
“laa yeke, ingatkan orang pompuan diet malam-malam maacamni.” Mereka ketawa kecil.

Hakimi terus saja duduk dihapan Diana, saling membalas senyuman sebelum menyakan air untuk diminum bersama juadah pilihan masing-masing.

*** *** ***

“Cantik kereta awak, mesti awak anak orang kaya kan?” puji Diana.
“emm, mak dengan ayah saya dah lama tiada. Saya pun tak tahu samaada mereka kayak e miskin. Seingat saya, saya duduk ngan mak sedara saya sejak kecil lagi.” Hakimi tersenyum sedikit.
“Minta maaf, saya tak tahu.” Riak mukanya memang ada tanda rasa bersalah.
“Its okay, so kemana kita.” Sudah hampir kepukul 12 malam melabuhkan tirainya. Banyak juga tempat yang dikunjngi mereka tadi, banyak juga barang yang dibelikan Hakimi untuk Diana tadi. Dari lolipop hingga ke rantai emas. Bila ditolak, Hakimi menyatakan yang selepas ni dia tak berdaya memberinya apa-apa lagi. Dan sepanjang perjalanan waktu tadi, telah banyak yang mereka sembangkan. Telah banyak yang mereka faham antara satu sama lain. Dan tanpa disangka-sangka pertemuan mereka malam ini membenihkan rasa cinta dihati mereka.
“Eh, becalah.” Tiba-tiba Hakimi teriak.
“Kenapa dengan beca?”
“eh, boleh naik ke beca tu?”
“boleh la pulak.” Bersahaja jawapan Diana
Hakimi segera menarik lengan Diana, terkejut juga Diana dibuat Hakimi. Nasib baik lengannya dilapik kain lengan baju kurungnya.
“nak kemana ni?”
“Naik beca ar, saya tak penah ar naik beca.” Diana tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Mereka menghabiskan lima belas minit kemudiannya dengan berborak sepanjang pak cik beca itu mengayuhkan beca tuanya. Kali ini, apa yang disembangkan lebih kepada pertanyaan hati.
Selesai merasi pengalaman menaiki beca untuk kali pertama buat Hakimi mereka mengambil keputusan untuk duduk ditebing laut malam memandangkan kurang dari sepuluh minit lagi jam akan menunjukkan tepat pukul 12 malam. Disitulah mereka masing-masing menyedari yang hati mereka sudah bertaut. Bagi Hakimi yang menganggap perpisahannya dengan Syafiqah, cinta awalnya tidak akan lagi memberi peluang untuk orang lain menghuni hatinya. Namun kehadiran Diana pada petang semalam membuatkan hatinya kembali terbuka setelah sekian lama tertutup rapat. Hakimi terasa luka dalamnya dulu telah berjumpa dengan penawarnya. Manakala Diana yang diasuh dan dididik dengan teras agama Islam yang kuat merasakan pengalaman pertamanya. walaupun dia tahu hakikat percintaan itu tidk dibenarkan, namun niat awalnya yang hanya ingin membalas budi dan tidak ingin terhutang budi dengan sesiapa pun membuatkan hatinya dan hati Hakimi bertaut di bukit cinta.
Hampir-hampir mereka menodai janji mereka apabila Diana yang berat membiarkan Hakimi pergi begitu saja bertindak ingin memberikan no telefon.

“Awak percaya pada takdir kan?” Diana mengangguk perlahan. “Kalau ada jodoh, tak kemana.” Ujar Hakimi. Diana akhirnya menitiskan air mata. Baru hari ini dia mengenali seorang lelaki dengan begitu ikhlas sekali. “Saya menginap di Kristal Suits, esok pagi saya akan berangkat pulang.” Diana hanya terpaku-kaku. Matanya masih basah. Hakimi mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap air mata yang tumpah di pipi Diana. “Jangan menangis, simpan air mata untuk Tuhanmu.” Pujuk Hakimi.

*** *** ***
Selesai solat subuh Hakimi kembali menjamah katilnya kerana semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya. Penglihatannya semalam hanya tertumpu pada seutas jam tangan yang dihadiahkan oleh Diana penghujung malam semalam.

Sejam kemudian…..

Bas rombongan mereka akan bertolak pulang pada bila-bila waktu. Kesemua pelajar telahpun check-out dari tempat penginapan mereka. Hanya men
unggu guru pengiring yang sedang berurusan dengan pihak hotel. Hakimi segera naik kedalam Bas, dia memilih untuk duduk dibelakan sekali disebelah tingkap. Sedar tak sedar dalam lamunannya, bas telahpun memulakan kayuhannya. Tanpa disedari, airmatanya menitis satu demi satu. Entah bila lagi dia akan berjumpa dengan seorang gadis melayau yang masih berbangga dengan baju kurungnya, dengan tudung sopannya, dengan kesopanan dan kesusilaannya dengan nama Nur Diananya…. Biarkanlah dia memperoleh cintaku dan izinkanlah aku menjaga hatinya. Bersambung….. (izinkan aku menjadi suaramu)

3 comments:

Lylee said...

alamak~
jiwangnyew~
pat ar continue.
wawawa

jija si jiran anda said...

pergh! ini rekaan sendiri ke??

ada kene mengene dgn yg hidup atau yg mati??

heee

sebalikhijab~ said...

ecececeh...krya yg mnarik...