Wednesday, June 10, 2009

Sampai Syurga -ep1-

IPOH-Mei 2018

Jam menunjukkan pukul 4.40 minit pagi. Saiful baru saja menyelesaikan solat tahajjud empat rakaat, alhamdulillah….setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada tuhan rabbilalamin. Baru sahaja dia ingin bangun untuk melakukan solat hajat seperti kebiasaannya, pagger kecemasannya berbunyi. ‘Syuhada!’ getar hatinya.
Lantas dia memanjatkan doa penutup dan memohon kepada Allah agar diberi pentunjuk dalam setiap gerak kerjanya. Saiful kemudiannya mengenakan pakaian tidak formal sebelum mencapai kunci Honda Civic dan bergegas turun kebawah. Dedaun pintu dibuka kemas dan cermat kerana tidak mahu mengejutkan ibu dan adik perempuannya yang sedang lena diulik mimpi. Pintu jentera buatan jepun itu ditutup seakan-akan tiada bunyi dan hampir serentak enjin dihidupkan. Beberapa saat selepas itu Saiful sudahpun meninggalkan kawasan perumahannya. Dalam kedinginan subuh itu kelihatan si Ibu yang masih bertelekung melihat anaknya dari celah kain langsir yang terbuka sedikit. Terus sahaja mulut ibu memanjatkan doa untuk keselamatan anaknya.

UiTM Kuala Terengganu-September2008

“tut….! Tut….!”handphone Saiful berbunyi entah untuk keberapa kalinya.
“Hmm…” Saiful akhirnya terjaga lalu menjawab telefon dengan suara yang masih parau. Hatinya terdetik, siapa pula yang menelefonnya pagi-pagi buta nie…
“Saiful! Bangun ar…! Syu…!” suara cemas Nasha membuatkan Saiful tersentak dari mamainya.
“kenapa ngan syu?”suaranya sedikit cemas.
“Penyakit dia datang balik, sesak nafas lagi.. macam dlu, badan dia kejang-kejang.”terang Nasha ringkas dalam kekalutan.
“Bawak dia turun, aku tunggu bawah.”belum sempat Nasha berkata apa-apa, Saiful segera menamatkan perbualan ringkas mereka.

Tuala yang tersidai kemas diluar jendela diambil lalu berlari anak menuju ke bilik air. Setibanya di kamar mandi, kelihatan Sayed baru keluar dari biliknya. Saiful berhenti sebentar di depan bilik air.
“Syuhada!” Sayed tidak meneruskan penjelasannya apabila melihat Saiful mengangguk faham.

Dua jam kemudian

Sayed kelihatan bersandar dikerusi menunggu pesakit. Berkali-kali wajahnya diusap bagi mengelakkan dari terlelap. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Wajah menahan tidur itu bukan saja terpacul dari air muka sayed, malah Nasha, Amira dan juga Mama pun turut menahan rasa mengantuk mereka. Hanya Abah dan Saiful sahaja kelihatan menunggu dengan penuh tekun. Dari raut wajah Saiful, tiada tanda-tanda dia mahu tidur lagi pagi itu. Kadangkala kelihatan Saiful memicit mata dengan tiga jarinya sambil beristigfar.
Peha Sayed ditepuk Saiful. Mata Sayed melihat mata Saiful sambil dia mengangguk sekali. Mereka cukup faham dalam keadaan begitu, hanya Allah sahaja tempat mereka mengadu.
“Abah, kami kesurau kejap.”kata-kata saiful itu di iakan saja oleh Abah dengan mengangguk beberapa kali.

KLIA-2018

Masih segar di ingatan farid setiap kali melilat lapangan yang diiktiraf antara yang terbaik didunia, KLIA. Wajah Nabila direnung seperti tidak merelakannya pergi. Namun hasrat Nabila untuk menyambung pelajarannya ke luar negara tidak mampu dihalang oleh sesiapapun walaupun dia terpaksa meninggalkan Farid di Malaysia bersama cinta dan cita-citanya. Dalam kepekatan malam itu, kapal terbang Air France meluncur laju di runaway bersama airmata yang berlinangan di pipi Farid.
Seperti yang terdetik selalu dihati Farid berhari-hari sebelum keberangkatan Nabila ke Paris, kapal terbang Air France dilaporkan hilang dari radar. Nyawa Farid bagai disentak apabila mendengar berita menerusi Berita Bernama sebentar tadi. Farid menung melihat mesej terakhir Nabila yang dihantar kepadanya sejam sebelum berita tadi berlintas langsung. Air matanya mula mengalir sambil anak matanya masih membaca mesej yang tertulis “I Love U Forever…” berkali-kali.
Dua Hari Kemudian
Selesai mempakir keretanya selang sebuah dari rumah keluarga Nabila, Farid yang berpakaian baju melayu hitam berseluar jeans biru cair berjalan menuju kedalam rumah. Melihat En. Harith berjabat salam tetamu yang hadir dengan muka seribu kesedihan, langkah Farid terhenti seketika. Ketika tetamu hampir semua sudah dijemput kedalam, saat itulah En. Harith terlihat kelibat Farid, hanya senyuman kelat yang mampu diberikan olehnya. Farid pula mengatur langkah agak laju menuju kearah En harith, dijabatnya tangan terus didakap tubuh lelaki separuh abad itu.

“Sabar ye Farid… dh takdir..” pujuk En Harith. Farid hanya mengangguk perlahan.

Petang tadi En Harith telah membawa pulang jenazah Nabila setelah pihak hospital mengesahkan identitinya. Nabila disahkan mati ditempat kejadian. Mayatnya dijumpai lewat malam semalam dan terus dibawa ke Hospital Besar kuala lumpur untuk dibedah siasat.

“Farid!” Farid terjaga dari lamunannya apabila disapa Haidar. Farid hanya tersenyum kecil “berangan la tu… jom masuk, sume dah sampai dah…” kata haidar sambil menarik tangan farid sebelah tangan.
Memang selalu mereka menghabiskan masa malam minggu mereka bersama. Selepas makan malam, selalunya mereka akan keluar merayap entah kemana. Kadangkala menonton wayang, pergi bermain bowling ataupun duduk di coffee house bersembang dengan kawan-kawan lama.
“eh, Farid. Kamu ni tak bercadang nak mendirikan rumah tangga ke? Aku bukan ape, tgk kteorang… Alhamdulillah dah lepas, Sayed yang dulu dok kate lambat lagi, lambat lagi pn dh nak menikah bulan depan.” Farid hanya tersenyum mendengar kata-kata Syak.
“InsyaAllah… kalo ade jodoh.” Ringkas dan lemah jawapannya.
“takkan kamu nak tunggu bulan jatuh riba baru nak kahwin. Jangan dikenang kenangan lalu Farid oiii…”
“Bukan kenangan yang aku kenang, tapi janji.”
“Janji ape nye… takkan ko nak tunggu Nabila tu hidup semula… mustahil Farid… mustahil. Belajarlah menerima takdir.”
“Bukan dia yang aku tunggu, bukan aku tidak boleh menrima takdir. Tapi janji aku dengan Nabila, aku takkan mengahwini orang lain selain dari seseorang yang memiliki nama dan rupa paras sepertinya.” Kata-katanya penuh nekad. Syak,Ib,Nam,dan Mal hanya menghormati keputusannya. Itulah jawapan yang selalu mereka terima acapkali apabila membicangkan hal masa depan Farid.

*** *** ***

Malam dibandaraya Ipoh masih sunyi seperti dulu. Hanya kelihatan beberapa buah kereta yang kadangkala melintas dan memintas keretanya. Saiful menekan cluch kemudian pedal brek ditekan perlahan. Keretanya berhenri betul di garisan putih hampir bersebelahan dengan lampu isyarat. Dia tersenyum seketika, kenangan lama kembali bermain di kepalanya.

Kuala Terengganu-2008

Hampir sebahagian dari perjalanan, mereka berhenti betul dibelakang kereta Honda Civic hitam.
“Pergh… civicku…” Saiful mengeleng-ngelengkan kepalanya. “Aduh…!”tiba-tiba Saiful mengaduh kerana peha kirinya dicubit. Tangannya cepat mengusap-ngusap sekitar kawasan kecederaan.
“Civicku…civicku… ni bape kali orang dok kate… pakai seat belt” Syuhada kemudian menarik tali pinggang keledar untuk Saiful tanpa disuruh. Saiful tergamam, belum pernah dia dilayan sebegitu rupa.
“Fuyyo…romantik gile…” Mira mengejek Syuhada sambil diiringi suara sayed yang galak ketawa.
“Eh, biar-biar. Anggap macam kite xde kat belakang ni… baru romantik….hahahaha” merah padam muka Saiful diperli Sayed dan Mira.
“Diamlah Mira, eleh.. mu yang dok belakang tu bertepuk tampar… bukan main lagi…” balas Syuhada
“Alamak… jeles rupanya… takpe-takpe, balik nanti kite tukar driver… boleh korang plak bermanja-manja… hehehe”
“Dah ar… jalan, lampu dah hijau tu, nanti orang hong, malu je…”
“Alamak, “HONG” pulak…! hahaha” Mira mengajuk dielet Syuhada yang terlepas kecek ganu… mereka ketawa besar termasuk Saiful.

Saiful meneruskan perjalanan sambil ketawanya belum habis lagi. Syuhada menepuk sekali peha Saiful.
“concerntrate… bawak kete tue… karang melilau plak…”
“ok2.. haah.. karang kete HONG baru taw…hahahaha”perli Saiful.

IPOH-2018

Saiful tersenyum sendirian. Lampu isyarat hijau. Dia meneruskan perjalanan ke Hospital Pantai Puteri.

3 comments:

saiful islam said...

salam..
menarik..
penin gak nak hafal watak..
dh mcm ramlee awang mrshid lak..
hehehe..

No Name said...

hebat la muiz.
aduh.mmg mcm kisah kite
haha

keep it up
:D

nasz_pp42 said...

aik???
mcm pnah dengarr jeww ctewww nihh..
huwaaaaaa..
sob3x..
hihi