Friday, June 19, 2009

Sampai Syurga Ep2

Kuala Lumpur-2018

Kuala lumpur 2018 tidak banyak berbeza dari dulu, cuma yang kelihatan berbeza ialah lebih banyak bangunan mencakar langit dan kereta-kereta mewah. Orang di Kuala lumpur masih seperti dulu. Ramai, sibuk entah kemana. Namun, dalam kesibukan dan keriuhan kota itu kelihatan seorang gadis bersama rakannya membeli belah di Berjaya times Square.

“Nah, another card for u.” Fyza hanya tersenyum semasa memberikankannya kepada Nabila. Nabila pulak hanya tertawa kecil mengambilnya.
“Sape pulak kali ni?”soal Nabila
“Entah orang kaye mane ntah, Pengurus pemasaran Honda katenye. Hmm…”
“Whatever….”
“Eh, babe… rezeki tu…”
“Alaa… not my taste ar… lagipun aku blom bersedia lagi…”Nabila mengelak.
“Sampai bila ko nak bersedia… ko nak lelaki yang macammane? Cube ko cakap.” Fyza kemudiannya berhenti berjalan seketika.
“Dalam dunia sekarang nie… lelaki hanya melihat wanita, suka kt perempuan, berlagak konon menyintai perempuan hanya sebab perempuan tu cantik je… takpun ‘hot…’ ”Nabila mencebik. “Diorang bukan betul-betul ikhlas menyintai kita…” hujah Nabila.
“hehe, suka hati ko lah Nabila oii… aku cakap je… alaa… ikhlas tu cube ko bawak masuk McD ni, tengok ape yang ko bleh makan… habuk pun tarak kene pakai fulus jugak babe…” balas Fyza.
“ape-ape jelah babe… dah ar, jom masuk.” Nabila tidak mahu meneruskan sidang parlimennya, mungkin perutnya agak lapar. Mereka kemudiannya terus sahaja masuk ke restoran makanan segera McDonalds tadi.

Memang hati Nabila sukar dipujuk rayu. Sukar untuk cair namun senang berterus terang. Apa yang dia suka, dia akan cakap dia suka dan sebaliknya. Hal itulah yang membuatkan ramai jejaka di Kuala Lumpur tergila-gilakan si Nabila ni. Selain dari peranagainya yang menjadi sebab untuk lelaki mengenalinya dengan lebih mendalam, Nabila yang tinggi, ramping namun tidak terlalu kurus, berambut panjang hingga kebahu memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi ‘Puteri Impian’ lelaki kaya disini. Tidak hairanlah, ada diantara mereka yang sanggup menunggu bertahun-tahun untuk menantikan jawapan “I sudi sehidup semati dengan U” keluar dari mulut Nabila. Malah ada yang menunggu impian mereka itu menjadi kenyataan sejak dari bangku sekolah lagi.

UiTM Kuala Terengganu - September2008

Saiful tersenyum ketika keluar dari pejabat HEA sambil memegang sepucuk surat. Senyumannya mengelat ketika melihat wajah ayu Syuhada yang setia dihadapan pintu masuk HEA.

“Hei.. whats wrong? Don’t tell me you get a bad news. Awak kan jejaka yang hanya selalu terima berita baik sepanjang masa..hehe” Syuhada ketawa kecil sehingga terlihat lesung pipitnya.
“Kadang-kadang, berita baik itu adalah berita buruk bagi kita. Namun, sebagai manusia… kita harus redha dengan setiap keputusanNya. Betul tak?” giliran Saiful pulak yang tersenyum.
“That’s right… so, what’s the news?”
“Dublin. Mereka terima permohonan saya. Dulu… lame sebelum saya mengenali awak. ” tanpa disedari, mata mereka bertentangan. “Saya tak pernah rasa takut atau risau untuk belajar diluar negara… malah saya anggap itu semua adalah cabaran. Tapi, dengan hadirnya Nur Aiman Syuhada dalam hidup saya… saya rasa macam menyesal pulak.” Nampak seakan-akan bergenang air mata di kelopak matanya.

IPOH-2018

Saiful mengesat air matanya yang tidak sengaja mengalir akibat terimbau kenangan masa lampau. Memori lalu bermain secara automatik dikepalanya. Dia sendiri tidak sangka bahawa dia akan jatuh cinta pada seorang gadis dalam hidupnya.

“Assalamualaikum.” Tersentak hati Syuhada mendengar suara lelaki yang selama ini dia cuba untuk buang dari ingatannya. Masih dia tidak lupa ketika mana Saiful menggantungkan cintanya lebih tiga bulan yang lalu. Malam itu adalah malam terakhirnya di kuala terengganu, keesokan harinya dia akan ke UiTM Shah Alam, membuat persiadaan ke Dublin. Tiada siapa tahu mengapa Saiful berbuat demikian. Syuhada pula hanya menerimanya dengan redha. Hanya mereka yang tahu cerita disebalik cinta dan cita-cita mereka. “Syuhada… are u still there…?” Syuhada terkejut dari lamunannya.

“err… emm.. yes, yes.”
“Saya ada di KT ni, I want to see u. for the last time… can we? Malam ni saya akan balik KL, esok saya akan berangkat ke Dublin. Please Syu…. I really want to see u.” belum sempat Saiful meneruskan kata-kata, Syuhada sudah pun menamatkan talian.

Petang itu, hanya deruan ombak menemani mereka di pantai chendering. Kedua-dua pasangan yang dulunya riuh bergurau senda, kaku dari bicara. Lidah mereka seakan-akan kelu untuk berkata-kata. Mungkin juga masing-masing sedang menghayati keindahan pantai yang berbatu-batu di hujungnya. Merungkai kembali peristiwa yang berlaku satu persatu. Peristiwa yang paling bersejarah juga berlaku disini satu ketika dahulu. Saiful pernah menyatakan rasa cintanya kepada Syuhada bersaksikan pantai ini, batu ini, dan lautan yang luas terbentang ini.

“Flight Saiful pukul 11 malam ni.” Saiful memecah kesunyian petang itu.
“Hehe…” syuhada kelihtan ketawa kecil. Sangat kecil. “Syu ingat Saiful dah tak boleh cakap melayu tadi… coz dari tadi Syu tunggu, Saiful tak cakap pape pun.” Syuhada tersenyum. Begitu juga Saiful, walaupun pada mulanya agak terkejut ketika Syuhada ketawa kecil tadi.
“Tak sangka kan… Saiful dapat mengenali Syu sejauh ini.” Nada suaranya kembali sayu.
“mungkin inilah yang dikatakan takdir. Takdir yang telah menjadi sejarah dalam hidup kita… dan saat perpisahan ini bakal menyaksikan satu lagi kenyataan. Dan masa depan yang mendatang akan menjadi impian dan cita-cita Syu. Samaada ianya cuma impian Syu atau impian kita…” suara Syu kedengaran sedikit sebak. Matanya merenung tepat kedalam mata Saiful, walaupun dibatasi kacamata.
“Tak kira betapa panjang pun waktu malam, siang pasti menjelma… kan?” Saiful seolah-olah memberi harapan kepada Syuhada.
Syuhada tersenyum kecil. Sekecil tadi.

Saiful menghela nafas dalam, kenangan lalu datang lagi. Dia mempakir keretanya berhampiran pintu masuk hospital. Setelah membawa beberapa keperluan, dia turun dari keretanya dan meluru ke dalam hospital. “Selamat malam doktor…” sempat dia berselisih dengan beberapa jururawat yang bertugas malam itu. Dia kemudiannya meneruskan langkahnya ke pintu lif. Satu lagi kenangan lalu bermain difikirannya.

Jam menunjukkan pukul 11 malam, masih ada sejam untuk dia melakukan kerja-kerja nya. Saiful melihat jam tangannya sekali imbas sebelum masuk kedalam lif. Dia ingin menyerahkan laporan kesihatan pesakitnya di tingkat bawah. Entah mengapa, hari ini selalu benar dia merenung jam tangan yang dihadiahkan Syuhada satu ketika dahulu. Dia menghela nafas panjang, lif tiba di ground floor. Pintu lif terbuka. ‘Subhanallah…!’ getus hatinya. Kelihatan Abah dan Mama sedang mengekor seorang mangsa yang tidak diketahui siapa namun berat hatinya mengakatan bahawa itulah ialah Syuhada. Syuhada yang ditinggalkannya tujuh tahun yang lalu. Dia meluru kearah sekumpulan jururawat yang sedang menolak pesakit itu dan mengekorinya hingga kedalam wad kecemasan. Sempat dia meyakinkan Abah dan Mama yang dia akan cuba yang terbaik untuk Syuhada. Mama mengangguk sambil airmatanya mengalir lebat, begitu juga Abah. Namun Abah kelihtan lebih tenang.

Dua jam kemudian, Saiful keluar dengan wajah tenang. Tidak begitu hampa, namun tidak juga ada tanda-tanda ceria diwajahnya. Dia duduk betul-betul disebelah Abah. Saat dia duduk, Abah menepuk pehanya.

“You have done what u should right?” kata-kata itu di iakan dengan anggukkan perlahan sahaja.
“I should never left her.” Tampak penyesalan dalam kata-katanya. Kedua-dua tapak tangannya menekup wajah hampa Saiful.
“Masih adakah siang lagi untuk Adik?” suara mama sayu kedengaran. Namun, bagi Saiful ianya seperti panahan halilintar yang berbau ancaman dan cabaran untuknya.
“InsyaAllah, mama.” Lemah suaranya. Tapi bersemangat.
“Mati itu pasti, hidup… InsyaAllah. Syuhada selalu cakap begitu.” Saat Mama menyebut ayat itu, Saiful mula menitiskan airmatanya. Ternyata, Syuhada sentiasa menunggu dan mengingatinya. Sehingga dia sendiri yang datang walaupun terpaksa diusung.

Masih terbayang difikiran Saiful kata-kata Syuhada. “Syu pasti akan datang mencari cinta Syu. InsyaAllah. Samaada Syu datang dengan roh dan jasad Syu, atau jasad Syu yang datang tanpa roh… semuanya terletak pada keputusan Allah.”

KLCC-2018

Farid berjalan agak pantas keluar dari pejabatnya. ‘Mesti diorang marah aku ni…. Aduh…’ renget hatinya. Jam telahpun menunjukkan pukul 1.00 tgh. Sempat dia melihat jam tangannya sedang hayunan kakinya masih lagi laju. Hampir-hampir dia berlari. Tiba-tiba dia terasa badannya dilanggar seseorang. Orang itu terseradung dan jatuh ke dadanya. Sempat Farid memegang lengan gadis tersebut mengelakkan dari terus jatuh ke lantai. Namun, fail yang dipegang erat gadis tadi tidak dapat diselamatkan. Jatuh berselerak diatas lantai. Gadis itu yang tidak senang dengan keadaan begitu terus sahaja mengutip kertas yang bertaburan keluar dari failnya. Hasrat Farid untuk membantu terbantut setelah melihat wajah si gadis itu. Hatinya berdentum, kepalanya kusut, lidahnya kelu. Nabila!!!

“Maafkan saya…” gadis itu terus saja berlalu.
“Cik! Cik…” perkataannya tidak disambung saat gadis itu berpaling.
“Nabila… maaf ya, saya tak boleh lama. Ade temuduga. Sori e… pasal tadi.” Kelihatan air mata turun dari kelopak mata Farid. “Kenapa encik…?” soal Nabila.
“Mintak keje kt sini e…? InsyaAllah, ade tu.” Farid mengesat matanya. Nabila mengangguk sekali sambil mengukirkan senyuman. Farid membalas senyuman Nabila 'Alhamdulillah...'bisik hatinya.

4 comments:

zessz said...

waa..gne name aiman syuhada gak..
hahaha..

No Name said...

awesome
:D

nasz_pp42 said...

macam manee name ambe blh tulis nihhhh...
wahhhh kna bayarrrr nihhhh
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
teringat owh
kahkah

arlina said...

cam cite btl jew...hehehehe....